Malaysia Oversight

Anwar tinjau situasi bencana di Sabah

By MkiniBM in September 19, 2025 – Reading time 2 minute
Anwar tinjau situasi bencana di Sabah


Perdana Menteri Datuk Seri Ibrahim tiba di Sabah kira-kira 2 petang hari ini untuk meninjau situasi bencana yang melanda negeri itu sejak minggu lepas dan menjejaskan beberapa daerah termasuk kejadian tanah runtuh sehingga meragut 13 nyawa.

Ketibaan Perdana Menteri disambut Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor serta menteri-menteri Kabinet negeri dan Persekutuan.

02be5d93b655a0786c4dc5d55924cdc5

Perdana Menteri kemudian diberi taklimat mengenai situasi bencana oleh Setiausaha Negeri Datuk Safar Untong di Bilik Taklimat Lapangan Terbang Antarabangsa Tanjung Aru.

dijadualkan membuat tinjauan ke lokasi tanah runtuh di Country Heights Penampang sebelum melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kolopis di Sekolah Kebangsaan St Paul Kolopis, Penampang.

Beliau juga akan berkunjung ke PPS Kampung Sarapung, Penampang bagi meluangkan masa mendengar permasalahan dihadapi mangsa.

02c0d7954987be4172727d353f6657c7

Pada akhir lawatan sehari ke Sabah itu, Perdana Menteri akan turut meninjau kawasan tanah runtuh di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya, Kota Kinabalu yang mengalami kerosakan sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur petang ini.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah, jumlah mangsa banjir setakat 12 tengah hari ini menurun kepada 2,467 orang membabitkan 766 keluarga berbanding 2,602 orang membabitkan 806 keluarga pagi tadi.

Hujan berterusan sejak minggu lepas menyebabkan banjir dan tanah runtuh di beberapa kawasan di negeri itu sehingga meragut 14 nyawa termasuk seorang korban banjir setakat ini.

d576a423aeef284e23e7914f4a97fea2

pada Isnin lepas (15 Sept) meluluskan peruntukan segera RM10 juta menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi membantu mangsa terjejas banjir di negeri berkenaan.

Menurut Perdana Menteri, jumlah itu adalah tambahan kepada RM11 juta yang telah disalurkan melalui negeri bagi tujuan pembaikan segera kemudahan asas di kawasan terlibat.

– Bernama



Source link