PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa ‘terkejut’ berhubung khabar angin tersebar kononnya bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin bakal menyertai Kabinetnya tidak lama lagi.
Perdana Menteri memberikan reaksi itu apabila disoal wartawan selepas program Simposoim Pembangunan dan Anugerah Pembangunan Negara 2025, di sini hari ini.
“Ye ke, siapa beritahu?,” balasnya ringkas sambil tersenyum.
Media sebelum ini melaporkan, kemungkinan ada rombakan Kabinet yang dijangka diumumkan oleh Anwar pada awal Disember ini susulan kekosongan beberapa kerusi menteri.
Spekulasi tersebar adalah Khairy yang akan kembali ke Kabinet sebagai Menteri Alam Sekitar dan Air, selain Datuk Seri Johari Abdul Ghani dijangka menerajui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. – UTUSAN





