Malaysia Oversight

Anwar tak berhasrat ambil tindakan pada MP berbeza pandangan

By MkiniBM in July 19, 2025 – Reading time 2 minute
Anwar tak berhasrat ambil tindakan pada MP berbeza pandangan


Perdana Menteri Ibrahim tidak berhasrat untuk mengambil tindakan terhadap beberapa ahli parlimen yang berbeza pandangan dengannya dan parti dalam beberapa isu.

Ketua Penerangan Fadzil berkata selaku presiden turut meminta ketua-ketua cabang serta anggota parti supaya menghormati pandangan yang diberikan itu, serta bersama bergerak ke hadapan mengukuhkan kekuatan parti.

“Perdana Menteri telah menyatakan bahawa bagi beberapa orang ahli parlimen yang berbeza pandangan dalam beberapa isu, beliau tidak berhasrat untuk mengambil sebarang tindakan.

“Mereka berhak untuk menyatakan pandangan masing-masing dan perdana menteri telah meminta ketua-ketua cabang dan anggota faham perkara ini dan terus melangkah ke hadapan (move on),” katanya.

yang juga menteri komunikasi berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas sesi perjumpaan Presiden bersama pimpinan PKR di Shah Alam hari ini.

berkata turut mengingatkan ketua-ketua cabang yang menang dalam pemilihan parti baru-baru ini agar merangkul semua kekuatan dalam proses melantik ahli jawatankuasa di peringkat cabang masing-masing.

“Maksudnya walaupun dari kumpulan yang tewas ataupun bukan daripada kelompok mereka, setiap daripada mereka perlu disatukan sebagai satu pasukan demi kekuatan parti secara keseluruhan,” katanya.

Selain itu, beliau berkata Anwar memaklumkan bahawa pelantikan pengerusi majlis pimpinan negeri akan dibuat sebelum hujung bulan ini dan mengarahkan jentera parti supaya segera bergerak serta turun ke lapangan menambah kekuatan parti mulai Ogos.

Dalam sesi pertemuan itu, katanya, Anwar turut menjelaskan tentang tohmahan dan fitnah yang dimainkan berhubung pelantikan Ketua Hakim Negara.

Kata Fahmi, perdana menteri menjelaskan pelantikan dibuat mengikut proses yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan senarai nama yang dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong serta Majlis Raja-Raja adalah sebagaimana yang disediakan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC).

“Maksudnya perdana menteri menasihati Yang di-Pertuan Agong setelah berbincang dengan Majlis Raja-Raja. Perdana Menteri telah menuruti proses seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Jadi tidak timbul isu dan perkara yang berlegar akhirnya terjawab,” katanya sambil menambah Anwar menjelaskan dia juga tidak pernah memecat mana-mana ketua hakim seperti yang pernah berlaku di bawah perdana menteri terdahulu.

Selain itu, Anwar turut memaklumkan bahawa dia menerima baik setiap teguran yang dibuat oleh badan-badan berkaitan seperti Majlis Peguam Malaysia dan Bersih berhubung isu pelantikan Ketua Hakim Negara.

“Bagi perdana menteri, yang paling penting ialah institusi kehakiman kekal bebas dan tidak dicemari pihak dari luar sama ada pihak legislatif mahupun eksekutif,” kata Fahmi.

Terdahulu, sesi pertemuan tertutup itu berlangsung hampir satu jam, dihadiri beberapa pimpinan tertinggi parti termasuk Naib Presiden Amirudin Shari yang juga Menteri Besar Selangor, Naib Presiden R Ramanan, Ketua Pemuda PKR (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim dan Ketua Wanita Fadhlina Sidek.

Bernama



Source link