Malaysia Oversight

Anwar sambut baik peranan aktif Trump tangani isu Thailand-Kemboja

By TheSun in November 15, 2025 – Reading time 1 minute
Anwar sambut baik peranan aktif Trump tangani isu Thailand-Kemboja


PM Ibrahim sambut baik peranan aktif Presiden AS Donald bantu Thailand dan Kemboja selesaikan isu sempadan melalui dialog

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ibrahim mengalu-alukan peranan aktif Presiden Amerika Syarikat Donald dalam membantu Thailand dan Kemboja mencapai penyelesaian berkekalan berkaitan isu sempadan kedua-dua negara.

berkata beliau telah membincangkan perkembangan terkini isu sempadan antara dua negara berjiran itu bersama hari ini menerusi panggilan telefon.

Beliau turut menzahirkan kesediaan Thailand dan Kemboja untuk terus memilih ruang dialog dan usaha diplomatik sebagai jalan penyelesaian yang ampuh.

“Saya menegaskan bahawa kedua-dua negara telah mengundurkan ketumbukan tentera dari sempadan, seiring dengan pendekatan yang telah disepakati di bawah kerangka Perjanjian Damai Kuala Lumpur.

“Lantaran itu, saya mengalu-alukan peranan aktif Presiden Trump yang telah turut menghubungi Perdana Menteri Kemboja dan Thailand demi memastikan apa jua perbezaan ditangani dengan tertib, demi menjamin kestabilan dan keharmonian serantau,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Media antarabangsa melaporkan pada Isnin, Panglima Angkatan Tentera Thailand mengumumkan penggantungan semua perjanjian dengan Kemboja berikutan letupan periuk api di sempadan sekali gus meningkatkan lagi ketegangan selepas pertempuran pada Julai.

Empat askar Thailand dilaporkan cedera selepas periuk api jenis PMN-2 meletup semasa rondaan di wilayah Sisaket dengan seorang kehilangan kaki kanan.

Perjanjian Damai Kuala Lumpur ditandatangani Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul dan Hun Manet, disaksikan oleh Anwar dan Trump, di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-47. – Bernama


Post Views: 1



Source link