Malaysia Oversight

Anwar puji Hajiji, ingatkan Sabah elak politik berpecah

By MkiniBM in November 27, 2025 – Reading time 2 minute
Anwar puji Hajiji, ingatkan Sabah elak politik berpecah


Perdana Menteri Datuk Seri Ibrahim berkata ketegangan dan ketidaksefahaman antara Persekutuan dan Sabah dikhuatiri hanya akan menjejaskan masa hadapan pembangunan negeri, selain turut memberi kesan kepada kesejahteraan rakyat.

Justeru, menegaskan hubungan kukuh serta kerjasama erat antara Persekutuan dan kerajaan Sabah adalah amat penting, bagi memudahkan segala urusan berkaitan tuntutan Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), termasuk melaksanakan pemulangan 40 peratus hasil negeri pada kadar segera.

421ad9bbf932812da3f33c0cfa31e1e9

“Kita perlukan kerajaan Persekutuan yang kuat, kerajaan negeri yang kuat, serta sebuah kerajaan negeri di Sabah yang dapat bekerjasama dengan baik dengan kerajaan Persekutuan demi rakyat.

“Ini cara kita bekerja, kerana kerajaan negeri di bawah pimpinan Datuk Seri Hajiji dan kerajaan Persekutuan, itu baik. Senang kita kerja, senang kita uruskan dan senang kita laksanakan MA63.

“Di Parlimen saya umumkan, ya, kerajaan Persekutuan akan menunaikan komitmennya dan akan melaksanakan 40 peratus, itu serta-merta!, Mahu cakap-cakap marah-marah apa lagi?,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada Temu Rapat Pimpinan Masyarakat Tempatan dan Sahabat Usahawan Tuaran di Pusat Kebudayaan Persatuan Rumpun Bajau Sama Sabah, di Tuaran hari ini.

9488e48aa949e7a0cc5ce7b6a361ef9e

Turut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Naib Presiden yang juga Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.

juga menegaskan bahawa beliau tidak setuju dengan kaedah berpolitik berasaskan permusuhan dan kebencian, kerana yang menderita dibelenggu kesusahan dan kemiskinan ialah rakyat, sedangkan pemimpin politik hidup mewah dengan kekayaan mereka.

Mengulas lanjut mengenai pemulangan 40 peratus hasil Sabah, Anwar berkata kerajaan Sabah telah mengambil langkah proaktif dengan membawa perkara itu melalui saluran sewajarnya dan proses perbincangan mengenainya sedang berjalan.

Anwar berkata usaha menyelesaikan masalah infrastruktur Sabah seperti air dan elektrik juga turut diberi perhatian serius oleh kerajaan Persekutuan menerusi beberapa pembinaan projek empangan, yang dijangka siap tahun depan.

fb5357e57f8df3773e977fdbf85e5bc6

Perdana Menteri berkata kerajaan Persekutuan juga telah mengembalikan kuasa kawal selia elektrik kepada Sabah, dengan menyalurkan peruntukan RM1.2 bilion bagi menjamin kelangsungan bekalan elektrik di negeri itu.

– Bernama



Source link