Malaysia Oversight

Anwar ‘obses’ jadi PM: Ini kenyataan Rafizi ‘paling tak beradab’

By MkiniBM in February 3, 2026 – Reading time 2 minute
Anwar 'obses' jadi PM: Ini kenyataan Rafizi ‘paling tak beradab’


Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara Tajuddin Rasdi membalas kritikan terbaru Anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli terhadap Perdana Menteri Ibrahim, menyifatkannya sebagai kenyataan Rafizi yang “paling tidak beradab”.

Tajuddin berkata dia “tersinggung” dengan dakwaan bekas menteri ekonomi tersebut yang mendakwa obses dengan kuasa dan hasrat untuk menjadi Perdana Menteri, dan mengingatkan terus berjuang walaupun berdepan kekejaman polis dan pemenjaraan selama berdekad.

“Daripada semua kenyataan tidak baik yang pernah dia lemparkan terhadap Anwar sejak meletak jawatan sebagai menteri, ini adalah yang paling tidak beradab.

“Jika Anwar benar-benar obses untuk menjadi Perdana Menteri, dia boleh sahaja memilih jalan mudah dengan meninggalkan negara dan bukannya bertahan menjalani hukuman penjara bertahun-tahun,” katanya dalam kenyataan kepada Malaysiakini.

Katanya lagi, jika dia sendiri berdepan cabaran yang sama seperti Anwar, dia sudah pun mengalah pada hari pertama, kerana melawan ketika itu merupakan sesuatu yang “gila” dan “tidak terfikirkan”.

Dalam ciapan di X semalam, bekas timbalan presiden itu berkata dia tidak memiliki ketaksuban terhadap jawatan Perdana Menteri – satu ketaksuban yang disifatkannya membentuk perjalanan politik Anwar.

1e5380bb87c63e3c0b67e79dae683ce1

Dia juga berpandangan sesiapa yang merasakan negara atau masyarakat memerlukan mereka mempunyai ‘masalah jiwa’ sambil menegaskan kerja ahli politik sepatutnya dilaksanakan sebagai sumbangan kepada rakyat dan sebagai “pelaburan” untuk akhirat.

Sejak tewas dalam pemilihan timbalan presiden kepada anak perempuan Anwar, , dan peletakan jawatannya daripada kabinet tahun lalu, Rafizi kian lantang menyuarakan kritikan terhadap tokoh parti serta hal ehwal .

Dalam satu episod podcastnya pada Disember lalu, Rafizi berkata dia telah membangkitkan beberapa kebimbangan secara dalaman semasa berada dalam kabinet namun memilih untuk memberi Anwar peluang dengan harapan perdana menteri itu akan melakukan perubahan.

Selepas semua saluran yang ada telah digunakannya, Rafizi berkata masih terdapat isu yang perlu dibangkitkan dan kini dia menyuarakannya secara terbuka, terutamanya kerana dia tidak lagi terikat dengan peraturan kabinet.

Dalam kenyataannya, Tajuddin turut mengkritik kelantangan Rafizi yang semakin meningkat, menyifatkannya sebagai “orang berdendam dan berjiwa kecil”.

Dia mengingatkan bahawa berdasarkan pengalaman 20 tahun terlibat dalam isu politik, adalah penting untuk ahli politik kekal “bersama parti” dan “berusaha berada di puncak”.

“Berada di puncak bukan sekadar tentang wang dan prestij, tetapi juga kerana memikul tanggungjawab tertinggi yang mana Allah akan menilai mereka terlebih dahulu.

“Saya berharap dapat melepaskannya (Rafizi) supaya kita semua boleh melihat sama ada dia benar-benar akan mengotakan kata-katanya, dan sama ada dia akan akan sibuk mengejar jawatan Perdana Menteri dalam parti barunya atau tidak.

“Tapi jika dia menyerah dan ‘bersara secara senyap’, maka dia tak perlulah banyak bercakap,” kata Tajuddin lagi.



Source link