Malaysia Oversight

‘Anwar kaki spin’ – Hilman tak terkejut tuduhan pada Muhyiddin

By MkiniBM in August 6, 2025 – Reading time 2 minute
'Anwar kaki spin' - Hilman tak terkejut tuduhan pada Muhyiddin


Ketua Pemuda Bersatu Hilman Idham menyifatkan dia tidak terkejut dengan tuduhan dilontarkan Perdana Menteri, Ibrahim terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Yassin di Dewan Rakyat, semalam.

Menyifatkan sebagai “kaki spin” dan bijak mengalihkan isu, bekas ahli itu berkata ia semenangnya sikap dan ‘kelebihan’ presiden itu.

“Namun dalam hal ini, perdana menteri mesti bertanggungjawab memandangkan tuduhan tersebut dibuat dalam Dewan Rakyat. Ada hansard. Maka, dia mesti membuktikan tuduhan tersebut benar,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini.

Hilman yang juga Gombak Setia berkata demikian sebagai mengulas dakwaan yang mengatakan telah mempersoalkan keputusan untuk tidak memberikan subsidi petrol kepada warga asing.

Anwar membuat kenyataan itu sebagai menjawab celahan Ahli Parlimen Hulu Terengganu Rosol Wahid, yang meminta perdana menteri menamakan ketua pembangkang yang menyokong untuk membenarkan warga asing menikmati subsidi petrol.

Sebagai tindak balas, , yang juga presiden Bersatu, menafikan dakwaan itu, menyifatkan dakwaan Anwar sebagai pembohongan dan fitnah sambil mencabar supaya mengemukakan bukti dia berkata demikian.

Walaupun membuat tuduhan palsu di Parlimen dianggap sebagai kesalahan tatatertib, usul untuk memulakan prosiding sedemikian perlu terlebih dahulu dibenarkan oleh speaker Dewan Rakyat.

Jika usul itu dibenarkan untuk dibahaskan, ia kemudiannya perlu diluluskan oleh majoriti ahli Parlimen.

Terdahulu Ahli parlimen veteran PKR Hassan Karim berkata Anwar perlu memohon maaf atas kenyataannya yang didakwa berunsur fitnah apabila menuduh Muhyiddin mempertahankan pemberian subsidi bahan api kepada warga asing.

Ahli Parlimen Pasir Gudang itu menegaskan bahawa kini terserah kepada Anwar untuk tindakan seterusnya selepas Muhyiddin mengeluarkan penafian menafikan dakwaan itu.

Sementara itu, Hilman berkata, amat malang jika seorang perdana menteri merujuk laporan daripada gosip dan bukan fakta.

“Perdana menteri tegaskan beliau membaca dan buat ‘homework’. Beliau mesti buktikan sekali lagi di mana dia membaca laporan sebegitu?

“Amat malang kita jika seorang perdana menteri membaca laporan gosip dan bukan fakta,” katanya.



Source link