Malaysia Oversight

Anwar gesa pembinaan Kota MADANI dipercepat sebagai model bandar

By TheSun in October 17, 2025 – Reading time 2 minute
Anwar gesa pembinaan Kota MADANI dipercepat sebagai model bandar


: Perdana Menteri Datuk Seri Ibrahim menggesa kerja-kerja pembinaan Kota MADANI disegerakan bagi menjadikannya model pembangunan bandar berteraskan nilai kemanusiaan, kelestarian dan kemajuan teknologi.

Beliau yang juga Menteri Kewangan menyatakan telah mengusulkan kepada Holdings untuk mempercepat projek yang dilancarkan pada 26 Jun lepas.

mengucapkan terima kasih kepada Perbadanan atas kerjasama penuh mempercepat proses kelulusan projek berkenaan.

“Mudah-mudahan kita dapat lihat dalam masa singkat … yang saya tidak boleh tolak ansur ialah kalau (pembinaan) lambat, jadi kita (mahu pembinaan yang) cepat.”

Beliau menegaskan kini tinggal menunggu Putrajaya Holdings untuk memberikan kelulusan muktamad bagi memulakan pembinaan sepenuhnya.

Projek pembangunan Kota MADANI di Presint 19 merupakan inisiatif mega berkonsepkan bandar pintar yang mesra rakyat dan alam sekitar.

Projek bernilai RM4 bilion itu dibangunkan oleh Putrajaya Holdings menerusi model kerjasama awam-swasta berkonsepkan bina, pajak, selenggara dan pindah.

Pembangunan ini dilaksanakan tanpa melibatkan peruntukan pada peringkat awal pelaksanaannya.

Perdana Menteri turut memuji Putrajaya sebagai pusat pentadbiran yang mendapat pujian pemimpin luar negara.

Beliau berkata pemimpin antarabangsa kagum dengan perancangan dan pelaksanaan pembangunan Putrajaya termasuk keindahan dan identiti uniknya.

merakamkan penghargaan kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad atas sumbangan menggerakkan pelaksanaan projek Putrajaya sebelum ini.

Beliau mengakui wujud keresahan dalam kalangan penjawat awam pada peringkat awal untuk berpindah dari Kuala Lumpur ke Putrajaya.

“Tetapi, apabila mereka saksikan kemudahan dan dengan masjidnya, kemudahan sekolah, prasarana, hospital dan sebagainya, hal itu (membuatkan mereka) lebih tertarik untuk berpindah.”

Penglibatan sektor swasta dalam pembinaan hospital swasta di Putrajaya dijangka menaikkan nama pusat pentadbiran ke persada antarabangsa.

Anwar menegaskan pembangunan bandar seharusnya menerapkan nilai manusiawi, lestari, hijau dan berkonsepkan bandar pintar. – Bernama



Source link