Malaysia Oversight

Anwar dijangka tamatkan 37 tahun perbelanjaan melebihi belanjawan

By MkiniBM in October 10, 2025 – Reading time 1 minute
Anwar dijangka tamatkan 37 tahun perbelanjaan melebihi belanjawan


Perdana Menteri Ibrahim di landasan yang betul untuk mencatatkan pencapaian yang signifikan – menamatkan perbelanjaan melebihi belanjawan yang telah berlaku selama sekurang-kurangnya 37 tahun.

Walaupun belanjawan terus mencatatkan defisit, anggaran semakan semula perbelanjaan bagi tahun ini menunjukkan bahawa akan membelanjakan RM412.1 bilion pada 2025 – RM8.9 bilion kurang daripada yang dibajetkan oleh .

berkata penjimatan itu dapat dicapai hasil kecekapan dalam perbelanjaan emolumen dan penurunan dalam pembiayaan hutang.

Perbelanjaan pembangunan juga berkurang sebanyak RM6 bilion, iaitu kepada RM80 bilion.

Arkib dalam talian Parlimen, yang merangkumi lebih tiga dekad, menunjukkan telah berbelanja melebihi belanjawan sekurang-kurangnya sejak tahun 1988, sehingga rang undang-undang (RUU) perbekalan tambahan perlu dibentangkan.

Sebelum ini, pada 2021, kerajaan pimpinan Yassin dan kemudiannya Ismail Sabri Yaakob pada mulanya dijangka berbelanja kira-kira RM2 bilion kurang berbanding belanjawan tahun tersebut, namun akhirnya terlebih belanja RM12 bilion.

Penjimatan RM8.9 bilion oleh pentadbiran sekarang memberi lebih ruang kepada kerajaan untuk perbelanjaan kecemasan – sekiranya ada keperluan – dalam dua bulan akan datang tanpa melebihi unjuran dalam belanjawan.

Namun, bukan semuanya positif untuk kerana unjuran hasil kerajaan bagi 2025 juga RM5.6 bilion lebih rendah daripada jangkaan, sekali gus menamatkan rekod lebihan hasil selama tiga tahun berturut-turut.

Ketahui lebih lanjut dalam laporan visual Belanjawan 2026 kami.



Source link