Malaysia Oversight

Anwar dahulukan rakyat, bukan poket sendiri

By MkiniBM in July 23, 2025 – Reading time 2 minute
Anwar dahulukan rakyat, bukan poket sendiri


Ahli jawatankuasa Wanita , Farahida Fauzi menggesa orang ramai agar tidak terpengaruh dengan cubaan memutarbelit pengumuman Perdana Menteri Ibrahim hari ini, melalui kempen seperti protes akan datang yang menuntut beliau berundur.

Dia berkata pelbagai inisiatif yang diumumkan untuk meringankan kos sara hidup membuktikan bahawa kini dipimpin oleh mereka yang benar-benar mengutamakan rakyat, bukan kepentingan poket sendiri.

“YAB Perdana Menteri sentiasa mendengar suara rakyat sejak hari pertama beliau memikul amanah.

“Reformasi ekonomi yang dilaksanakan bukan sahaja menangani cabaran semasa, tetapi juga merancang pembangunan jangka panjang melalui penciptaan peluang pekerjaan, pengurangan jurang sosioekonomi, dan pelaburan berkualiti tinggi.

d6200ce96532cc44845d09a815015251

“Inilah bukti kepimpinan yang benar-benar mendahulukan rakyat, bukan poket sendiri.

“Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia agar menilai dengan adil dan rasional.

“Jangan biarkan emosi dipengaruhi oleh mereka yang kecewa hilang kuasa.

“Rakyat tidak perlu turun ke jalan untuk marah sebaliknya, bangkit bersama membina negara dengan harapan dan kesatuan.

18bd7b3a2062d02e6b8690d21d6e1091

“Saya dan Wanita berdiri teguh bersama YAB Perdana Menteri dan Madani dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat sentiasa diutamakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam perutusan yang disiarkan secara langsung lebih awal, mengumumkan bahawa harga petrol untuk rakyat Malaysia akan diturunkan daripada RM2.05 seliter kepada RM1.99 seliter menjelang akhir September.

Selain itu, rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas akan menerima Bantuan Keperluan Rahmah (Sara) sekali beri sebanyak RM100 untuk membeli barangan runcit dan keperluan rumah di kedai-kedai yang mengambil bahagian, serta tambahan cuti umum pada 15 September.

Kadar tol di 10 lebuh raya juga tidak akan dinaikkan tahun ini, dengan kos sekitar RM500 juta akan ditanggung oleh .

646ab17e2dd748104ee7a52c5641e053

Sementara itu, Farahida memuji pengumuman perdana menteri sebagai selari dengan prinsip-prinsip seperti menjaga kebajikan rakyat dan menegakkan keadilan sosial.

“Malangnya, usaha murni ini cuba dimanipulasi oleh pihak tertentu yang menyebarkan naratif kebencian menerusi kempen seperti #TurunAnwar.

“Mereka menggambarkan seolah-olah kerajaan mengabaikan rakyat, sedangkan fakta menunjukkan sebaliknya seperti subsidi bersasar disalurkan secara langsung untuk mengelakkan ketirisan; barang keperluan asas melalui Jualan Rahmah Madani diperluaskan ke seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri dan penurunan harga minyak memberi kesan rantaian kepada kos logistik dan barangan pengguna.


“Pihak yang meniup api kebencian ini tidak membawa penyelesaian.

e81dd3f3dc31ff3a1b78cae09435d0db

“Mereka sekadar memanipulasi kemarahan rakyat demi kepentingan politik sempit. Kita tidak perlukan kemarahan di jalanan — kita perlukan kerjasama membina masa depan negara bersama,” katanya.

Perhimpunan “Himpunan Turun ” dijadual berlangsung pada jam 2 petang, Sabtu ini, di pusat bandar Kuala Lumpur.

Ia merupakan kemuncak kepada siri demonstrasi kecil yang dianjurkan oleh dan Perikatan Nasional bagi menuntut Anwar meletakkan jawatan.

Beberapa tokoh pembangkang turut mengkritik pengumuman Anwar itu sebagai “biasa-biasa saja” dan mendakwa ia dibuat bagi memperlahankan momentum menuju perhimpunan tersebut.



Source link