Malaysia Oversight

Anwar benarkan Rafizi, Nik Nazmi ‘bercuti’

By Utusan in May 29, 2025 – Reading time 1 minute
Anwar benarkan Rafizi, Nik Nazmi ‘bercuti’


PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ibrahim meluluskan permohonan cuti oleh dua anggota Kabinetnya iaitu Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata, sudah menerima surat permohonan cuti dan pengunduran sebagai anggota Kabinet daripada dua pemimpin itu.

“Setelah meneliti permohonan tersebut, Perdana Menteri telah bersetuju meluluskan permohonan cuti kedua-dua menteri berkenaan.

“Sebarang keputusan lanjut terkait perkara ini akan dimaklumkan kemudian oleh Perdana Menteri,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Terdahulu, Rafizi dan Nik Nazmi mengeluarkan kenyataan bahawa mereka sudah memberi surat pengunduran daripada Jemaah Menteri pada yang juga Presiden .

Rafizi memaklumkan bahawa beliau akan bermula cuti esok sehingga 16 Jun, sementara Nik Nazmi pula bercuti sehingga 3 Julai ini.

Bekas Timbalan Presiden dan Naib Presiden itu dilaporkan membuat keputusan tersebut selepas masing-masing gagal mempertahankan jawatan mereka dalam pemilihan parti sebelum ini. – UTUSAN





Source link