Malaysia Oversight

Anwar bakal sampaikan kenyataan negara di Qatar malam ini

By MkiniBM in September 15, 2025 – Reading time 2 minute
Anwar bakal sampaikan kenyataan negara di Qatar malam ini


Perdana Menteri Datuk Seri Ibrahim dijadual menyampaikan kenyataan negara pada Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab- malam ini, dengan mengecam serangan udara terbaharu Israel di Doha yang menyasarkan kepimpinan Hamas serta menekankan penderitaan kemanusiaan berterusan di Gaza.

dijangka berucap pada sidang kemuncak itu pada 6 petang waktu tempatan (11 malam waktu Malaysia).

Beliau akan menegaskan semula solidariti Malaysia yang tidak berbelah bahagi dengan Qatar serta komitmen teguh mempertahankan hak rakyat Palestin, selain mengecam kekejaman Israel.

Perdana Menteri menghadiri sidang kemuncak itu atas jemputan Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani.

54937b9bacddf8f6e785e5a1379b9111

tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad pada 9.30 malam semalam waktu tempatan (2.30 pagi waktu Malaysia, 15 Sept) dan menerima kawalan kehormatan daripada Pengawal Istiadat Amiri Qatar dan disambut Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Qatar Sheikh Saoud bin Abdulrahman Al-Thani.

Sidang kemuncak itu akan dihadiri pemimpin dan wakil negara anggota Pertubuhan Kerjasama (OIC).

Antara pemimpin yang dijangka hadir ialah Presiden Iran Masoud Pezeshkian, Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif, Perdana Menteri Iraq Mohammad Shia al-Sudani dan Presiden Palestin Mahmoud Abbas.

Di sela-sela sidang kemuncak, Anwar juga dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan beberapa pemimpin negara .

Mengiringi Perdana Menteri ialah Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan serta pegawai kanan Kementerian Luar Negeri.

Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab-Islam dijangka mengeluarkan Kenyataan Bersama yang merangkumi tindakan kolektif serta pendirian bersama berhubung isu tersebut.

Sebelum sidang kemuncak berlangsung, diadakan Mesyuarat Peringkat Menteri pada 14 Sept.

Antara agenda utama ialah perkembangan terkini di Gaza dan Palestin, serta serangan udara Israel di Doha yang menyasarkan kepimpinan Hamas dan mengorbankan enam individu termasuk seorang pegawai keselamatan Qatar.

Bernama



Source link