Anthropic Setuju Bayar $1.5 Bilion Untuk Menyelesaikan Saman AI Mencetak Rompak Buku Penulis
Effi Saharudin
Syarikat kecerdasan buatan (AI) Anthropic memberitahu mahkamah di California bahawa mereka bersetuju membayar $1.5 bilion (~RM 6.4 bilion) bagi menyelesaikan saman kumpul penulis yang mendakwa buku mereka dicetak rompak bagi melatih Claude.
Saman kumpul difailkan oleh Andrea Bartz, Charles Graeber dan Kirk Wallace Johnson tahun lalu bagi mewakili penulis-penulis yang karya mereka digunakan tanpa kebenaran. Angka $1.5 bilion dicapai dengan nilai pampasan $3000 untuk 500,000 yang dicetak rompak oleh Anthropic.

Nilai ini akan meningkat sekiranya lebih banyak buku lagi dikesan dan terdapat satu lagi saman untuk pampasan untuk setiap kesalahan yang dilakukan Claude menggunakan buku-buku yang dicetak rompak. Anthropic turut bersetuju memusnahkan setiap buku yang dicetak rompak.
Jun lalu, Anthropic didapati tidak bersalah melanggar harta intelek penulis buku untuk melatih model AI kerana ia jatuh ke dalam kategori penggunaan yang berpatutan (fair use). Tetapi mereka bersalah menyimpan lebih 7,000,000 buku yang dicetak dalam sebuah pustaka pusat dengan tiada semuanya digunakan untuk melatih model AI. Pada awalnya kes akan dibicarakan pada bulan Disember dengan Anthropic berhadapan perlu membayar pampasan ratusan bilion kepada penulis.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.