Malaysia Oversight

Anthropic Saman Kerajaan Amerika Kerana Disenarai Hitam

By Amanz in March 10, 2026 – Reading time 1 minute
Anthropic Saman Kerajaan Amerika Kerana Disenarai Hitam


Anthropic Saman Amerika Kerana Disenarai Hitam

March 10, 2026
Kecerdasan Buatan

Effi Saharudin

Anthropic memfailkan saman ke atas Pentagon selepas syarikat dimasukkan ke dalam senarai halangan keselamatan negara yang menyebabkan mereka disenarai hitamkan daripada beroperasi dengan entiti tempatan.

Pentagon mengklasifikasikan Anthropic sebagai mendatangkan risiko kepada rantaian bekalan selepas mereka enggan membenarkan kecerdasan buatan (AI) mereka digunakan bagi tujuan intipan rakyat Amerika Syarikat serta sistem sasaran senjata tanpa campur tangan manusia. Walaupun telah diharamkan secara rasmi, Claude tetap digunakan dalam serangan ke atas Iran dua minggu lalu.

ANTHROPIC LOGO

Saman difailkan kerana tindakan didakwa tidak mengikut undang-undang, melanggar hak kebebasan suara dan tidak menjalani proses sewajarnya sebelum syarikat dihukum. Selepas Anthropic disenarai hitamkan, syarikat ketenteraan seperti Lockheed Martin mengumumkan mereka akan berhenti menggunakan Claude.

Walaupun disenarai hitam, keputusan Anthropic untuk tidak berganjak daripada keputusan asal menerima sokongan kakitangan di Google, OpenAI dan DeepMind. Di Amerika Syarikat penggunaan aplikasi Claude meningkat dan ChatGPT pula diboikot kerana OpenAI tidak bersetuju bekerjasama dengan Pentagon. Akibatnya ketua pembangunan perkakasan OpenAI meletakkan jawatan semalam kerana tidak bersetuju dengan tindakan syarikat.



Source link