Malaysia Oversight

Anthropic Berbincang Dengan Samsung Untuk Bangunkan Cip AI

By Amanz in July 3, 2026 – Reading time 1 minute
Anthropic Saman Kerajaan Amerika Kerana Disenarai Hitam


Anthropic Berbincang Dengan Samsung Untuk Bangunkan Cip AI

July 3, 2026
Kecerdasan Buatan
Perkakasan
Samsung

Effi Saharudin

Anthropic sedang berbincang dengan Samsung untuk membangunkan cip AI tersendiri mengikut laporan The Information. Langkah ini diambil Anthropic bagi mengurangkan kebergantungan kepada cip buatan NVIDIA. Sekiranya laporan ini benar, Anthropic mengikut langkah OpenAI yang baru sahaja mengumumkan cip inferens rekaan sendiri Jalapeno dengan bantuan Broadcom.

ANTHROPIC LOGO

Spesifikasi dan jenis cip rekaan sendiri Anthropic masih belum diketahui. Tetapi dengan rekaan cip sendiri kos operasi akan dapat dikawal memandangkan kesemua syarikat AI termasuk Anthropic belum mencatatkan keuntungan yang signifikan walaupun pelaburan dilakukan adalah amat besar.

Bagi Samsung mendapat Anthropic sebagai pelanggan adalah berita baik kerana selama ini perniagaan faundri mereka kurang menguntungkan kerana teknologi TSMC yang menjadi pilihan industri. Mereka sudahpun mempunyai kontrak  22.76 trilion won dengan Teslauntuk menghasilkan cip untuk sistem swapandu FSD sehingga 2033.



Source link