Malaysia Oversight

Anker Malaysia Melakukan Penarikan Semula Untuk 4 Model Powerbank

By Amanz in June 29, 2025 – Reading time 1 minute
Anker Malaysia Melakukan Penarikan Semula  Untuk 4 Model Powerbank


Lain-lain

Anker Malaysia Melakukan Penarikan Semula Untuk 4 Model Powerbank

June 28, 2025

Aman

Anker Malaysia kini mengumumkan penarikan semula untuk 4 model powerbank yang telah dipasarkan mereka sebelum ini, atas risiko bahaya. 4 model berkenaan adalah:

  • Anker Power Bank (10K, 22.5W) — Model A1257
  • Anker Power Bank (20,000mAh, 22.5W, Built-In USB-C Cable) — Model A1647
  • Anker Zolo Power Bank (20K, 30W, Built-In USB-C and Lightning Cable) — Model A1681
  • Anker Zolo Power Bank (20K, 30W, Built-In USB-C Cable) — Model A1689
Anker Malaysia Recall

Anker mengatakan pada awal tahun ini mereka telah mengimplementasi langkah keselamatan tambahan, sekaligus mengenal-pasti masalah melibatkan sel bateri lithium-ion daripada salah satu pengeluar. Anker mengatakan walaupun kebarangkalian ia bermasalah adalah rendah, namun sebagai langkah keselamatan kini mereka melakukan proses penarikan semula produk berkenaan pada peringkat global.

Bagi anda yang menggunakan model terlibat, boleh melakukan semakan sama ada produk anda terjejas atau sebaliknya melalui halaman rasmi Anker Malaysia, dan seterusnya sekiranya terjejas boleh membuat permohonan gantian atau kad ganjaran untuk pembelian produk Anker lain.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link