
Angka Pengguna Manusia Yang Melawat Wikipedia Semakin Menurun Disebabkan AI
Aman
Pihak Wikipedia kini berkongsi melalui 404media mengatakan angka pengguna manusia yang melawat laman rujukan Wikipedia semakin mengalami penurunan dari hari ke hari. Salah satu sebabnya adalah kerana pengguna mendapatkan maklumat yang sedia terdapat di Wikipedia melalui chatbot AI.
Seperti ramai sedia maklum, pelbagai chatbot AI telah dilatih dengan artikel Wikipedia yang dsediakan secara terbuka. Ini membuatkan pelbagai carian pengguna terus memaparkan petikan artikel Wikipedia pada chatbot masing-masing, membuatkan pengguna semakin kurang berkunjung ke laman Wikipedia.
Pihak Wikipedia menyatakan mereka melihat penurunan sebanyak 8% berbanding tahun lepas untuk pelawat manusia.
Pihak Wikipedia mengatakan mereka mengalu-alukan kaedah penyebaran ilmu dan pengetahuan yang baharu, namun chatbot, enjin carian dan platform sosial yang menggunakan kandungan Wikipedia sepatutnya lebih mengalakkan pengguna berkunjung ke laman tersebut, sekaligus memperkembangkan lagi platform dan perkongsian kandungan melaluinya.
Penurunan pengunjung manusia juga dijangka akan mengurangkan penurunan sukarela yang menambah-baik kandungan pada platform tersebut, sekaligus mengurangkan sumbangan ke platform Wikipedia dalam terus menyokongnya.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






