ISU kemalangan jalan raya sering kali memenuhi ruangan akhbar. Menurut statistik kes kemalangan maut bagi tempoh separuh pertama tahun 2025, sebanyak 3,087 kes direkodkan. Data ini jelas menunjukkan tahap literasi keselamatan jalan raya dalam komuniti jalan raya di Malaysia masih berada di tahap yang rendah. Kadar kematian akibat kemalangan jalan raya ini menunjukkan Malaysia kehilangan seramai kira-kira 60,000 nyawa dalam tempoh 10 tahun, yang dalam 90 peratus daripada jumlah itu…






