Malaysia Oversight

Anggap diri seperti abang, Asyraf nasihat Akmal beza pandangan itu biasa

By MkiniBM in January 9, 2026 – Reading time 2 minute
Anggap diri seperti abang, Asyraf nasihat Akmal beza pandangan itu biasa


Setiausaha Agung , Asyraf Wajdi Dusuki, sekali lagi mengulangi nasihatnya supaya Ketua Pemuda , Dr Akmal Saleh agar lebih terbuka menerima pandangan dan pendapat yang berbeza.

Kenyataan itu dibuat susulan laporan Malaysiakini hari ini yang melaporkan Akmal telah menyatakan hasrat untuk meletakkan jawatan sebagai Ketua Pemuda dan Merlimau.

Bagaimanapun, Asyraf hari ini berkata pihaknya masih belum menerima sebarang surat rasmi berhubung peletakan jawatan Akmal.

“Saya sebagai setiausaha agung parti, kita tidak berpandukan kepada media sosial ataupun cakap-cakap yang berlegar.

“Saya tahu tadi Malaysiakini keluarkan kenyataan bahawa ada Whatsapp dalaman Pemuda yang berlegar, dakwaaan daripada Akmal sudahpun meletakkan jawatan

“Tetapi sebagai Setiausaha Agung parti, saya hanya berpandukan kepada surat rasmi sahaja,” kata Asyraf pada sidang media di ibu pejabat Umno di Menara Dato Onn hari ini.

4160f5c190628fc4fa61b6b82643427d

Menyifatkan dirinya seperti ‘abang’ dan pernah bertanggungjawab meletakkan Akmal dalam kedudukannya sekarang, Asyraf turut menyampaikan nasihat peribadinya kepada ketua pemuda Umno itu.

“Perbezaan pandangan itu biasa. saya dulu pernah jadi Ketua Pemuda, pandangan saya tidak diterima oleh semua ahli MKT pada satu ketika, tetapi itu tidak menyebabkan kita harus mengundur diri ataupun lemah semangat kerana itu biasa di dalam tradisi berorganisasi.

“Kadangkala pandangan kita itu diterima, kadangkala pandangan kita itu tidak diterima. Yang paling penting dalam prinsip Umno ini, kita sentiasa berpandukan kepada syura,” katanya.

Semalam, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan barisan kepimpinan Pemuda Umno supaya tidak mencari jalan pintas apabila berdepan kritikan.

dbd9666b88dae883e4185d17c402c24e

Kenyataan timbalan perdana menteri itu dilihat sebagai reaksi terhadap mesej berkias Akmal mengenai hasrat untuk “mengundur diri” selepas Ahmad Zahid menolak gesaannya supaya Umno keluar daripada .

Susulan kenyataan Ahmad Zahid itu, Asyraf turut memuat naik hantaran di Facebook yang menggesa ahli parti agar bersedia menerima kritikan selain berani mengkritik, satu langkah yang dilihat membayangkan wujudnya ketegangan antara dia dan Akmal.



Source link