Malaysia Oversight

Android 17 Akan Menyokong Pemetaan Semula Butang Alat Kawalan Permainan

By Amanz in November 17, 2025 – Reading time 1 minute
Android 17  Akan Menyokong Pemetaan Semula Butang Alat Kawalan Permainan


Android 17 Akan Menyokong Pemetaan Semula Butang Alat Kawalan Permainan

November 17, 2025
e-Permainan
Google

Effi Saharudin

Pada tahun 2024, permainan video pada telefon pintar menyumbang 50% pendapatan industri dengan konsol dan PC masing-masing menyumbang 25% da 24%. Ia adalah segmen yang menunjukkan perkembangan terbesar dipacu oleh populariti permua sejak pandemik lima tahun lalu. Walaupun permua popular, mengawal watak dalam permainan menggunakan skrin sesentuh adalah tidak sebaik menggunakan alat kawalan fizikal. Pergerakan jitu dalam FPS misalnya adalah mustahil.

Xperia 5 III Dualshock

Google kini sedang menguji ciri membolehkan butang pada alat kawalan permainan dipetakan semula terus daripada tetapan sistem menurut laporan Android Authority. Ciri sedang dalam ujian dengan kod ditemukan dalam rangka kerja terbaru Android. Ini mungkin menandakan sokongan alat kawalan permainan yang lebih baik bakal diperkenalkan menerusi Android 17 tahun depan.

Pada versi Android sekarang, butang pada awal kawalan seperti DualSense atau Xbox tidak boleh dipetakan semula terus dari dalam permua yang sedang dimainkan (kecuali disokong secara terbina). Pengguna Android perlu memuat turun aplikasi pihak ketiga seperti Button Mapper untuk melakukan pemetaan semula.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link