Anda Kini Boleh Membuat Bayaran COD Pos Malaysia Menggunakan DuitNow QR
Amy Maizuraa
Pos Malaysia menawarkan kemudahan pembayaran nirtunai untuk bayaran semasa penghantaran (COD) melalui kod QR DuitNow. Kerjasama dengan Fiuu dan PayNet ini membolehkan mana-mana pelanggan membuat bayaran hanya dengan mengimbas kod QR menggunakan telefon sekali gus menjamin urusan transaksi lebih selamat.

Lebih 6,000 penghantar Pos Malaysia di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak, akan dilengkapi dengan kemudahan pembayaran ini. Langkah ini bukan sahaja meningkatkan kecekapan operasi tetapi bantu mengurangkan isu seperti penyediaan wang baki dan risiko kehilangan atau kecurian.

Pelaksanaan ini turut menyokong transaksi rentas sempadan melalui pelbagai platform antarabangsa seperti Alipay+, Weixin Pay, UnionPay QR, QRIS, NETS dan juga Prompt Pay. Dengan sokongan Fiuu, Pos Malaysia juga boleh menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan antarabangsa sambil menikmati kadar pembayaran domestik yang lebih berpatutan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






