Malaysia Oversight

‘Anak kampung, nelayan, Felda paling rugi jika matrikulasi dimansuh’

By MkiniBM in September 12, 2025 – Reading time 2 minute
'Anak kampung, nelayan, Felda paling rugi jika matrikulasi dimansuh'


Pemuda hari ini membidas cadangan Umany agar program matrikulasi dimansuhkan dengan menegaskan perkara itu akan meminggirkan Bumiputera yang tidak berkemampuan.

Dalam satu kenyataan, Exco Pemuda , Wan Muhammad Zuhir Ghazali, berkata pelajar matrikulasi dari kaum Bumiputera kebanyakannya tiada akses pendidikan berkualiti seperti pelajar STPM di bandar.

“Ada yang tuntut nak mansuh matrikulasi, buat jadikan STPM sebagai aliran tunggal sebab STPM lebih mencabar dan diiktiraf di peringkat antarabangsa. Tapi realitinya, matrikulasi ni lahir sebab kebanyakan bumiputera tak ada akses berkualiti sama macam di bandar.

“Kalau semua kena ikut STPM, siapa paling untung, yang dah ada tuition, sekolah top, cikgu power. Siapa yang paling teruk tersepit rugi? Anak kampung, anak pedalaman, anak nelayan, anak orang Felda,” katanya.

Terdahulu, Umany hari ini menuntut supaya program matrikulasi dimansuhkan dan menjadikan silibus STPM sebagai piawaian tunggal kemasukan ke universiti awam (UA) bagi jurusan ijazah.

Presidennya, Tang Yi Ze berkata, ini kerana silibus STPM lebih mencabar dan turut diiktiraf di peringkat antarabangsa, termasuk oleh universiti ternama dunia.

89047095d52bf39279c0aa62bc8c7dc7

Cadangan itu dibuat selepas permohonan seorang pelajar, Edward Wong Yi Xian untuk menyambung pengajian dalam jurusan perakaunan ditolak enam universiti termasuk Universiti Malaya, meskipun memperoleh purata nilai gred kumulatif (CGPA) 4.0 dalam STPM.

‘Jangan sembunyi belakang perkataan ‘meritokrasi’

Mengulas lanjut, Wan Muhammad mengingatkan Umany agar tidak berselindung di sebalik perkataan meritokrasi yang akhirnya hanya menguntungkan ‘kelompok” tertentu.

“Jadi jangan sembunyi belakang perkataan meritokrasi kalau akhirnya hanya kelompok tertentu yang untung. Janganlah membina istana di atas pusara, menari di atas tangisan anak-anak orang kampung.

“Matrikulasi kamu kata tak adil, tapi peliknya UEC (Sijil Peperiksaan Bersepadu) yang tak ikut dasar pendidikan kebangsaan tu tak pernah pula kamu persoalkan. Kenapa double standard,” soalnya.

‘Bukan pendirian UM’

Sementara itu, Naib Canselor Universiti Malaya, Noor Azuan Abu Osman berkata kenyataan yang dikeluarkan oleh Umany berhubung isu sistem matrikulasi tidak mencerminkan pendirian rasmi universiti itu.

859a431c3c7a5e03ae9428f6e03e46f1

“Universiti Malaya sentiasa menjunjung tinggi kebebasan bersuara dalam kalangan warga kampus, selaras dengan semangat keterbukaan dan intelektualisme yang menjadi asas sesebuah institusi pengajian tinggi.

“Namun demikian, kebebasan ini perlu diiringi dengan rasa tanggungjawab serta pertimbangan yang wajar terhadap sensitiviti dan implikasi kenyataan yang dibuat, terutamanya yang melibatkan dasar awam,” katanya.

Tegasnya, sistem matrikulasi negara merupakan satu sistem pendidikan yang menyeluruh, yang telah terbukti berperanan dalam menyediakan akses kepada pendidikan tinggi kepada pelajar daripada pelbagai latar belakang.

“la adalah sebahagian daripada usaha berterusan dalam memastikan peluang pendidikan yang lebih inklusif dan saksama untuk semua.

“Universiti Malaya kekal komited menyokong dasar pendidikan negara yang berteraskan prinsip keadilan, kebolehcapaian dan pembangunan modal insan demi kemajuan negara,” tegasnya.



Source link