Malaysia Oversight

Amnesty kecam Anwar – ‘Madani bungkam suara siswa’

By MkiniBM in September 18, 2025 – Reading time 2 minute
Amnesty kecam Anwar - 'Madani bungkam suara siswa'


Amnesty International Malaysia mengecam siasatan polis terhadap Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (Umany), sambil mengingatkan Perdana Menteri Ibrahim tentang janjinya untuk melindungi suara mahasiswa.

“Jika setiap seruan untuk perubahan berisiko disiasat polis, apa gunanya mendakwa sebagai negara yang menjunjung kebebasan bersuara?

“Rakyat Malaysia tidak sepatutnya perlu menapis pendapat mereka hanya untuk mengelakkan masalah.

“Perkara ini mesti dihentikan,” kata jurukempen hak kebebasan bersuara Amnesty Malaysia, Kiran Kaur (gambar bawah) pada satu kenyataan.

f1a6c991cd00d8d8c1e6a29ea1253a7a

Dia turut menegaskan bahawa walaupun berulang kali membuat janji, undang-undang yang sama masih digunakan untuk meNGO itumbungkam mahasiswa.

“Kata-kata sahaja tidak mencukupi. Selagi undang-undang menindas ini tidak dimansuh atau diperbaharui agar selaras dengan piawaian hak asasi manusia antarabangsa, kebebasan bersuara di Malaysia akan terus diserang,” katanya lagi.

Kiran berkata mahasiswa sepatutnya diberi ruang untuk mempersoal, berdebat dan mencabar dasar, sambil menekankan bahawa inilah tujuan pendidikan.

“Mengugut mereka dengan siasatan jenayah hanya kerana bersuara adalah tindakan memalukan oleh Madani,” tambahnya.

be61537bd1dd2e1683aac917eaf3e4be

Ketua Polis Negara Khalid Ismail berkata polis akan memanggil pihak berkaitan sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap Umany kerana menggesa pemansuhan program matrikulasi kebangsaan.

Polis mendakwa kenyataan itu berisiko menjejaskan persepsi awam terhadap sistem pendidikan negara, mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan kumpulan tertentu dan menimbulkan keresahan masyarakat.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, yang meliputi kenyataan yang berkemungkinan menyebabkan kegentaran awam, serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung salah guna kemudahan atau perkhidmatan rangkaian.

Seksyen 505(b) memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, denda, atau kedua-duanya, manakala Seksyen 233 boleh dikenakan denda sehingga RM500,000, penjara maksimum dua tahun, atau kedua-duanya sekali.

4552a313ac0830358b921d2e46a0cc43

Terdahulu hari ini, polis merakam keterangan wartawan Malaysiakini, Shakira Buang berhubung artikel yang memetik Presiden Umany, Tang Yi Ze, menggesa Kementerian Pendidikan Tinggi memansuhkan program matrikulasi dan menggunakan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sebagai satu-satunya kelayakan untuk kemasukan ke universiti awam.

Umany kemudian memohon maaf, menjelaskan bahawa mereka tersilap menggunakan istilah ketika mencadangkan penggabungan dengan peperiksaan STPM.

Pada 12 Sept lalu, Umany menghantar memorandum kepada Kementerian Pendidikan Tinggi yang menggariskan cadangan itu sebagai cara paling berkesan untuk menangani kebimbangan berhubung kuota kemasukan.

Memorandum itu dikemukakan sebagai maklum balas terhadap laporan media mengenai Edward Wong, lepasan STPM yang memperoleh CGPA 4.0 dan bercita-cita menjadi akauntan namun ditolak kemasukannya oleh enam universiti awam.



Source link