Malaysia Oversight

AMK Selangor gesa PAS tinggalkan Bersatu, sertai Kerajaan Perpaduan

By MkiniBM in January 1, 2026 – Reading time 2 minute
malaysiakini logo


perlu mempertimbangkan langkah politik yang lebih matang dengan menyertai Perpaduan demi menjamin kestabilan masa depan negara, kata Ketua Pemuda (AMK) , Muhammad Iman Haziq.

Gesaan itu dibuat di tengah-tengah ketegangan terbuka yang semakin memuncak antara dua parti utama Perikatan Nasional (PN), iaitu dan Bersatu, yang kini dilihat kian meruncing.

“Krisis dalaman yang melanda gabungan pembangkang itu memberi isyarat jelas bahawa masa depan negara tidak boleh dipertaruhkan di tangan gabungan yang ‘rapuh dan saling mencurigai.’

“Kemelut terbaru yang digelar sebagai ‘Langkah Perlis’ sebagai bukti bahawa Bersatu lebih mengutamakan agenda kuasa berbanding semangat setiakawan dalam gabungan tersebut.

4e83cc820783905f818b4f663b8a219c

“Langkah yang cuba dikatakan Bersatu sebagai ‘luka kecil’ itu jelas memperlihatkan politik sempit parti bunga raya tersebut yang lebih tergoda dengan ketamakan kuasa,” katanya pada satu kenyataan media.

Iman turut mengungkit sejarah Bersatu yang disifatkannya tidak asing dengan “siri pengkhianatan,” merujuk kepada peristiwa Langkah Sheraton yang menjatuhkan Pakatan Harapan pada 2020.

Sebelum ini, Pemuda PAS turut mendesak kepimpinan PAS Pusat supaya memutuskan hubungan dengan Bersatu, atas alasan kerjasama sedia ada tidak membawa manfaat kepada perjuangan parti itu.

Ketua Pemuda PAS , Sukri Omar berkata gabungan politik Melayu perlu segera dibentuk semula menerusi kerjasama yang lebih kukuh dan stabil bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

2ae6667e1a3ecdbedd855ce8b34284dc

Menurut Sukri, landskap politik semasa menuntut satu penyatuan baru melibatkan parti-parti Melayu termasuk , tanpa menolak kemungkinan penjenamaan semula kerjasama terdahulu.

Mengulas lanjut, Iman menyatakan sokongan terhadap sentimen yang disuarakan Pemuda PAS Selangor itu.

“Memandangkan negara memerlukan kestabilan politik untuk memacu pertumbuhan, sudah tiba masanya PAS beralih arah dan bekerjasama dengan sedia ada di bawah pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

“Kerajaan Perpaduan menawarkan kestabilan jangka panjang dan tenaga politik yang mampu memberi manfaat kepada rakyat, bukannya menghabiskan masa tikam-menikam sesama sendiri.

e5ed5b8e3e9aaadbd40bf244d5458223

“Penyertaan PAS ke dalam barisan kerajaan tidak seharusnya dilihat sebagai satu kekalahan politik, sebaliknya satu tindakan berjiwa besar sebagai sebuah parti yang telah berusia hampir 75 tahun,” katanya.

Iman turut berkata rakyat kini lebih memerlukan pemimpin yang meletakkan agenda kebajikan sebagai keutamaan, berbanding perebutan kuasa peribadi yang berlarutan tanpa kesudahan.

Keretakan dalam PN mula menjadi tumpuan selepas beberapa siri perselisihan pendapat berkaitan pelantikan jawatan dalam pentadbiran negeri di bawah kawalan gabungan itu, khususnya di Perlis.

Sebelum ini, hubungan PAS dan Bersatu turut diuji apabila muncul desakan daripada akar umbi PAS yang mahu parti itu menerajui lebih banyak kerusi dan jawatan penting, memandangkan PAS mempunyai jentera serta sokongan akar umbi yang lebih kukuh.

Malah, beberapa pemimpin PAS sebelum ini secara halus memberi bayangan bahawa kerjasama dalam PN perlu dinilai semula sekiranya Bersatu terus gagal menunjukkan komitmen sebagai rakan kongsi yang stabil.



Source link