Malaysia Oversight

AMK P Pinang lapor MCMC kes ugutan video seks

By MkiniBM in September 14, 2025 – Reading time 2 minute
AMK P Pinang lapor MCMC kes ugutan video seks


Pemuda (AMK) Pulau Pinang membuat laporan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung ugutan terhadap beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) melalui emel yang menuntut bayaran AS$100,000 jika tidak mahu video yang didakwa memaparkan aksi seks mereka disebarkan.

Ketua AMK Pulau Pinang Muhammad Zakwan Mustafa Kamal berkata laporan itu dibuat pagi tadi.

“AMK Pulau Pinang memandang serius perkara ini kerana ia merupakan satu bentuk ugutan politik yang jijik dan berniat jahat.

“MCMC dan polis digesa untuk segera menyiasat serta mengesan dalang atau individu yang terlibat dalam perbuatan ini.

“Tindakan tegas mesti diambil dengan kadar segera agar ugutan sebegini tidak terus menjadi budaya kotor dalam politik negara,” katanya sambil menambah laporan polis akan dibuat dalam masa terdekat.

Terdahulu, Menteri Komunikasi, Fadzil mendedahkan dia antara sekurang-kurangnya sembilan ahli politik yang menerima ugutan berkaitan video seks.

berkata semakan mendapati ugutan itu dihantar dari alamat e-mel yang sama, dengan kandungan ancaman serta tangkap layar video yang serupa – yang menurutnya dihasilkan menggunakan kecerdasan buatan (AI).

Melalui satu hantaran di X yang kini dipadam, berkongsi tangkap layar sebuah video hitam putih yang memaparkan dua lelaki berbaring bersama di atas katil.

Wajah Fahmi kelihatan disunting ke atas salah seorang daripada lelaki itu.

Dia kemudian memuat naik semula versi yang telah disunting bagi menutup bahagian tertentu.

E-mel itu dihantar oleh seorang individu yang mendakwa dirinya sebagai penyiasat persendirian yang telah mengekori ahli politik berkenaan.

Mereka yang menerima e-mel tersebut diugut bahawa video itu akan disebarkan sekiranya tidak membayar AS$100,000.

Menurut Fahmi, ahli politik yang setakat ini menerima ugutan tersebut ialah Rafizi Ramli, Wong Chen, Taufiq Johari, Adam Adli; Najwan Halimi, Fahmi Ngah, Manolan Mohamad; serta Gerakan Wong Chia Zhen.



Source link