Malaysia Oversight

Amirudin tegaskan akan kekal MB Selangor hingga habis penggal

By MkiniBM in November 24, 2025 – Reading time 2 minute
Amirudin tegaskan akan kekal MB Selangor hingga habis penggal


Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari sekali lagi menegaskan beliau akan kekal menerajui kepimpinan negeri itu sehingga penggal pentadbiran tamat.

Beliau berkata tiada rombakan kabinet akan dilaksanakan dalam tempoh tersebut.

“Tinggal setahun (untuk habis penggal) dan kalau nak rombak barisan exco, kita perlukan masa lagi. Setakat ini tidak ada lagi idea atau sebarang bayangan untuk itu,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Pelan Tindakan Ekonomi Kreatif 2025-2035 di Foyer Bangunan Setiausaha Negeri (SUK) , di Shah Alam hari ini.

Dalam pada itu, Amirudin berkata nama Timbalan Presiden yang disebut sebagai calon Menteri Besar hanyalah sebagai cadangan dan masih perlu dibincangkan, selain perlu mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Sekarang ini kita lontarkan sebagai satu pilihan. Jadi kalau pilihan itu diterima, Alhamdullillah. Kalau tidak mungkin kita perlu kenal pasti alternatif lain.

“Selain itu, semua exco kita layak antaranya Najwan (Mohd Najwan Halimi, Fahmi (Dr Mohamad Fahmi Ngah), Borhan (Datuk Borhan Aman Shah) dan Izham (Datuk Izham Hashim) pun layak untuk (menjadi Menteri Besar),” katanya.

Amirudin berkata perancangan bagi perubahan jawatan penting dibuat secara terancang dan bukan secara tergempar.

Bagaimanapun, beliau berkata Selangor pada masa ini perlu mengekalkan kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang menjadi syarat utama sebelum sebarang perbincangan mengenai jawatan untuk mentadbir pada penggal seterusnya dibuat.

Amirudin sebelum ini dilaporkan mengakui telah mencadangkan dilantik bagi menggantikannya sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Beliau dalam program audio siar “Keluar Sekejap” yang dikendalikan Khairy Jamaluddin dan Shahril Sufian Hamdan baru-baru ini berkata cadangan itu pernah disuarakan kepada dan terpulang kepadanya untuk menerima atau sebaliknya.

– Bernama



Source link