Malaysia Oversight

Amirudin Shari janji terus bantu, perkasa komuniti India Selangor

By TheSun in October 19, 2025 – Reading time 1 minute
Amirudin Shari janji terus bantu, perkasa komuniti India Selangor


SHAH ALAM: akan terus membela dan memberdayakan masyarakat India di negeri ini bagi meningkatkan kualiti hidup komuniti berkenaan.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pihaknya sedang memuktamadkan Belanjawan 2026 dengan usaha memperkasa komuniti India antara perkara yang akan dipertimbangkan.

Beliau berkata baru-baru ini telah menyerahkan bantuan persekolahan kepada 873 sekolah di seluruh negeri termasuk 98 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.

“Daripada jumlah itu, 98 SJKT menerima bantuan berjumlah RM5 juta bagi memantapkan kemudahan serta fasiliti pembelajaran,“ katanya dalam perutusan Deepavali 2025.

“Ini kerana saya mahu semua pelajar di belajar dalam keadaan selamat dan selesa, termasuk pelajar di sekolah-sekolah Tamil.”

Amirudin turut mengucapkan selamat menyambut Deepavali kepada komuniti dan Sikh di Selangor.

Beliau berkata kepelbagaian masyarakat di Selangor merupakan keunikan yang menjadi asas kejayaan negeri itu.

Dalam usaha Selangor bersaing dengan negeri maju di Asia, tumpuan akan terus diberikan kepada pendidikan sebagai kunci utama.

Beliau menekankan pendidikan penting untuk memastikan generasi muda memperoleh pekerjaan berkualiti.

“Bagi yang pulang ke kampung halaman di luar negeri, saya mendoakan perjalanan pergi dan pulang anda semua selamat,“ katanya.

Beliau mengajak semua menikmati detik perayaan ini bersama sahabat dan keluarga tersayang. – Bernama



Source link