Malaysia Oversight

Amirudin sedia ke persekutuan, cadang Nurul Izzah jadi MB S’gor

By MkiniBM in November 22, 2025 – Reading time 1 minute
Amirudin sedia ke persekutuan, cadang Nurul Izzah jadi MB S’gor


Menteri Besar Amirudin Shari mengakui telah mencadangkan Timbalan Presiden dilantik bagi menggantikannya sebagai Menteri Besar yang baru. 

Amiruddin dalam program audio siar Keluar Sekejap yang dikendalikan Khairy Jamaluddin dan Shahril Sufian Hamdan baru-baru ini berkata cadangan itu pernah disuarakan kepada dan terpulang kepadanya untuk menerima atau sebaliknya.

 “Saya boleh katakan itu mungkin satu formula yang baik untuk letakkan supaya tidak ada persepsi ataupun stigma berkenaan dengan nepotisme dan sebagainya. 

“Secara jujurnya, saya dah kemukakan kepada Izzah sendiri, terpulang kepadanya untuk ambil cadangan itu atau tidak,” katanya.

Dia berkata demikian menjawab soalan Khairy mengenai sama ada terdapat kemungkinan untuk Nurul Izzah bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya akan datang, sekali gus diangkat menjadi Menteri Besar Selangor. 

Dalam pada itu, Amirudin yang juga Ahli Parlimen Gombak turut menyatakan kesediaannya untuk menggalas tanggungjawab di peringkat Persekutuan.

“Kalau tanya saya adakah sudah bersedia? Ya saya sudah mempertimbangkan untuk ke Persekutuan,” katanya.

-Bernama



Source link