Malaysia Oversight

Amirudin, Aminuddin, Chang kekal naib presiden, Ramanan muka baru

By MkiniBM in May 23, 2025 – Reading time 1 minute
Amirudin, Aminuddin, Chang kekal naib presiden, Ramanan muka baru


Menteri Besar Amirudin Shari, Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun dan  Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang mempertahankan jawatan naib presiden dalam pemilihan parti hari ini, menurut keputusan tidak rasmi.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi R Ramanan menjadi muka baru yang menang jawatan itu.

Menurut sumber parti, keputusan rasmi dijangka akan diumumkan pada pukul sembilan malam ini.

“Lebih kurang 15,000 perwakilan mengundi secara fizikal dan atas talian pada pemilihan hari ini.

“Mengikut keputusan tidak rasmi Amiruddin, Ramanan, Aminuddin dan Lih Kang menangi jawatan naib presiden,” katanya kepada Malaysiakini.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi ini, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad gagal mempertahankan jawatan naib presiden yang dipegangnya sejak 2022.

Pada pemilihan kali ini, seramai 12 ahli bersaing merebut empat kedudukan untuk jawatan naib presiden.

Berikut adalah tujuh lagi calon yang tewas:

[Berita lanjut menyusul]



Source link