Amerika Syarikat Mungkin Mengharamkan Penggunaan Produk TP-Link Tidak Lama Lagi
Nazrin
TP-Link adalah sebuah jenama produk rangkaian yang cukup terkemuka secara global. Di Amerika Syarikat, produk-produk TP-Link dikatakan merangkumi peratusan yang besar daripada produk rangkaian yang digunakan di negara tersebut.
Terkini, terdapat beberapa laporan yang mengatakan bahawa sejumlah badan kerajaan syarikat sedang dalam proses untuk mengharamkan penggunaan penghala TP-Link di negara tersebut. Ini adalah kerana mereka mengatakan bahawa TP-Link mungkin akan dipaksa untuk menghantar butiran rangkaian kepada kerajaan China sekiranya diminta.

Perkara ini bukanlah sesuatu yang baru. Sebelum ini, TP-Link Technologies telahpun menghadapi isu yang sama, dan menyebabkan mereka membuka entiti perniagaan baru khusus untuk pasaran Amerika Syarikat.
Malah, seorang jurucakap syarikat mengatakan bahawa TP-Link di Amerika Syarikat tidak ada sebarang kaitan dengan entiti di negara China, dan oleh kerana itu, tidak terikat dengan undang-undang yang mewajibkan syarikat memberi butiran pengguna produk mereka ke pihak kerajaan.
Buat masa ini, pihak kerajaan Amerika Syarikat belum mendedahkan sebarang bukti kukuh tentang keperluan untuk mengharamkan produk tersebut, ataupun bilakah mereka akan melakukannya. Presiden Amerika Syarikat kini sedang di persidangan APEC di Korea Selatan dan dilihat sedang berbincang dengan pihak China tentang pelbagai isu perdagangan diantara mereka.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






