Malaysia Oversight

Amerika Syarikat Dalam Perbincangan Memegang Sebahagian Saham Intel

By Amanz in August 15, 2025 – Reading time 1 minute
Amerika Syarikat Dalam Perbincangan Memegang Sebahagian Saham Intel


Amerika Syarikat Dalam Perbincangan Memegang Sebahagian Saham Intel

August 15, 2025
Intel

Effi Saharudin

Amerika Syarikat dalam perbincangan memegang sebahagian saham Intel menurut laporan Bloomberg. Perbincangan antara kedua-dua pihak dilakukan selepas CEO Intel, Lip Bu Tan melakukan pertemuan dengan Presiden Donald awal minggu ini. yang pada minggu sebelumnya menggesa Tan meletakkan jawatan berubah fikiran selepas pertemuan dilakukan.

image 34

Jumlah saham yang akan dibeli serta nilainya masih lagi sedang diperhalusi. Pegangan di dalam Intel dilihat sebagai satu lagi langkah Amerika untuk mengembalikan kuasa pengilangan teknologi tinggi ke dalam negara pada waktu yang sama meningkatkan sekuriti di masa hadapan.

Intel adalah penerima dana terbesar di bawah akta CHIPS tahun lalu yang ingin meningkatkan pengeluaran cip domestik. Beberapa kilang fabrikasi sedang dibina dan jika laporan ini ternyata benar, ia adalah berita baik bagi Intel yang mengalami masalah kewangan sejak dua tahun kebelakangan ini. Saham Intel melonjak hampir 10% selepas berita mengenai pembelian saham ini dilaporkan.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link