BELÉM: Peningkatan mendadak kes demam kuning dan denggi di Amerika Selatan sekali lagi menyerlahkan ancaman besar perubahan iklim terhadap kesihatan manusia, dengan penyakit itu mula menular ke kawasan beriklim sederhana seperti Eropah, menurut pakar pada Sidang Kemuncak Iklim PBB (COP30) di Belém, Brazil . Menurut Pertubuhan Kesihatan Pan-Amerika (PAHO), sebanyak 356 kes demam kuning dan 152 kematian direkodkan di Amerika Selatan tahun ini, kebanyakannya di rantau Amazon sekaligus merupakan antara…






