Malaysia Oversight

Amerika Dilaporkan Akan Menghalang Jualan cip NVIDIA B30A Kepada China

By Amanz in November 7, 2025 – Reading time 1 minute
Trump Mengatakan Cip NVIDIA Blackwell Tidak Akan Dijual Kepada Negara Lain


Amerika Dilaporkan Akan Menghalang Jualan cip NVIDIA B30A Kepada

November 7, 2025
NVIDIA

Effi Saharudin

Amerika Syarikat dilaporkan akan secara rasmi menghalang jualan cip NVIDIA B30AReuters yang memetik sumber dalaman , Rumah Putih telah mengarahkan beberapa agensi untuk tidak meluluskan lesen eksport cip kecerdasan buatan (AI) ini kepada .

NVIDIA blackwell B300 ultra superpod
NVIDIA B300 Superpod

NVIDIA B30A ialah cip yang dibangunkan khusus untuk pasaran dengan kemampuannya dikurangkan berbanding cip NVIDIA B300. Awal minggu ini dipetik mengatakan cip di bawah keluarga NVIDIA Blackwell seharusnya dijual kepada syarikat tempatan sahaja bagi memastikan kelebihan pembangunan AI terus di tangan Amerika Syarikat.

China sudahpun meramalkan pentadbiran akan menghalang jualan cip dan memberikan arahan kepada syarikat tempatan untuk berhenti membeli cip NVIDIA sejak beberapa bulan lalu. Akibatnya jualan cip NVIDIA di China kini jatuh menjadi sifar sedangkan tahun lalu mereka memegang 90% pasaran.

Semalam CEO NVIDIA Jensen Huang berkata China akan memenangi perang AI dengan Amerika Syarikat kerana China memberikan subsidi tenaga serta kurangnya kawalan. Tidak diketahui sama ada arahan halangan jualan ini dikeluarkan Rumah Putih adalah disebabkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Huang. Semasa artikel ditulis, saham NVDIA susut hampir 4% dengan nilai pasaran sekitar $4.5 trilion (berbanding $5 trilion minggu lalu) disebabkan laporan yang diterbitkan.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link