Malaysia Oversight

AMD Menghentikan Pengeluaran Cipset B650 Untuk Papan Induk AM5 Mampu Milik

By Amanz in August 22, 2025 – Reading time 2 minute
AMD Menghentikan Pengeluaran Cipset B650 Untuk Papan Induk AM5 Mampu Milik


AMD Menghentikan Pengeluaran Cipset B650 Untuk Papan Induk AM5 Mampu Milik

August 22, 2025
AMD

Nazrin

Pada pertengahan tahun ini kami ada melaporkan bahawa AMD mungkin akan menghentikan pengeluaran papan induk yang menggunakan cipset AMD B650 untuk memfokuskan kepada penjualan model papan induk yang lebih baru, iaitu AMD B850.

Perkara ini akhirnya disahkan oleh pihak AMD sendiri kepada Tom’s Hardware dan mengatakan bahawa mereka telahpun memulakan proses untuk mengurangkan penjualan papan induk B650 di pasaran hari ini. Sebarang stok yang ada di kedai sekarang tidak akan diperbaharui selepas ia habis dijual, dan mereka yang mahu membina komputer desktop baru akan perlu membeli papan induk AMD B850.

AMD mengatakan bahawa ia adalah satu cara untuk memastikan bahawa komputer-komputer baru yang dibina tampil dengan teknologi terkini, seperti sokongan penuh untuk teknologi penghantaran data PCIe 5.0 untuk storan yang lebih pantas, sokongan untuk komponen-komponen yang lebih berkuasa, kelajuan sambungan internet yang lebih laju dan sokongan kemaskini komponen yang lebih lama.

image 90

Platform cipset AMD B650 diperkenalkan pada tahun 2022 dan diperkenalkan sebagai komponen yang menyokong kedua-dua siri cip pemprosesan AM4 (AMD Ryzen 5 5500 X3D merupakan model CPU terakhir dalam siri ini) dan juga AM5 (AMD Ryzen 7000 keatas). Ia merupakan sandaran kepada mereka yang mahu menaiktarafkan komputer mereka ke platform yang baru, tetapi mahu melakukannya sedikit demi sedikit.

Ini adalah kerana siri papan induk AMD B850, pilihan “mampu-milik” khusus untuk CPU AM5 hanya diperkenalkan pada awal tahun ini, jadi ia tidak mengejutkan untuk melihat bahawa siri papan induk AMD B650 masih popular dengan orang ramai sehingga hari ini.

Platform AMD X870 dan AMD X870E yang dilancarkan bersama-sama pengenalan siri CPU AMD Ryzen 7000 dan AMD Ryzen 9000 dilihat hanya untuk pembina PC kelas bangsawan yang mampu memilikinya.

Saranan kami jika anda mahu membina sebuah komputer desktop baru menggunakan cip pemprosesan AMD terbaru dan papan induk AMD B650 ialah untuk bertanya tentang sokongan seperti teknologi PCIe 5.0 terlebih dahulu. Ini adalah kerana sokongan untuk teknologi tersebut adalah bergantung kepada model papan induk. Untuk kad grafik, lorong PCIe x16 hanya menyokong teknologi PCIe 4.0, dan storan M.2 NVMe PCIe 5.0 tidak diwajibkan untuknya.

Jika anda tahu bahawa anda mahu menggunakan gabungan CPU, memori dan kad grafik lebih pantas dan berkuasa, mungkin papan induk siri AMD B850 lebih sesuai untuk anda.

Tom’s Hardware

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link