Malaysia Oversight

AMD Mengemaskini Penawaran CPU Untuk Tujuan Gaming, Produktiviti Dan AI

By Amanz in January 6, 2026 – Reading time 2 minute
AMD Mengemaskini Penawaran CPU Untuk Tujuan Gaming, Produktiviti Dan AI


Di acara CES 2026, AMD juga telah memperlihatkan penawaran beberapa cip pemprosesan komputer riba terbaru mereka yang terdiri daripada AMD Ryzen AI Max+ 392, AMD Ryzen AI Max+ 388, AMD Ryzen AI Halo dan AMD Ryzen 7 9850X3D.

Ini merupakan penambahan kepada cip pemprosesan AMD Ryzen AI Max+ 395 yang sudahpun dilancarkan sebelum ini dan digunakan pada komputer riba ASUS ROG Flow Z13. Setiap cip pemprosesan ini hadir dengan konfigurasi 12 teras dan 24 bebenang kuasa (Ryzen AI Max+ 392) dan lapan teras dan 16 bebenang kuasa (Ryzen AI Max+ 388) dan kedua-duanya hadir dengan cip pemprosesan grafik RDNA 3.5 dengan 40 teras pemprosesan terbina.

image 26

Dimana kedua-dua cip pemprosesan ini berbeza ialah nampaknya model Ryzen AI Max+ 392 akan digunakan untuk komputer-komputer riba ataupun komputer kecil dengan rekabentuk berlainan yang masih mahukan prestasi berkuasa, tidak terlalu berbeza dengan apa yang ditawarkan melalui cip Ryzen AI Max+ 395.

image 27

Untuk cip Ryzen AI Max+ 382 pula, cip pemprosesan ini nampaknya lebih sesuai untuk konsol-konsol permainan mudah-alih, mungkin untuk jenama-jenama pembuat konsol yang mahukan sebuah cip yang lebih berkuasa berbanding dengan cip AMD Ryzen Z2 Extreme.

Dalam pada itu, AMD juga melancarkan cip pemprosesan Ryzen AI Halo untuk pembuat PC kecil yang memerlukan kuasa pemprosesan AI yang banyak. Cip pemprosesan ini mampu menggerakkan model bahasaraya dengan 200 bilion parameter dengan bantuan memori terbina 128GB dan cip pemprosesan grafik AMD RDNA 3.5 dengan kuasa pemprosesan 60TFLOPs.

Untuk gamer yang sedang mencari cip pemprosesan untuk membina komputer baru, AMD turut memperkenalkan cip pemprosesan AMD Ryzen 7 9850X3D. Cip pemprosesan ini hadir dengan lapan teras fizikal dan 16 bebenang kuasa dan hadir dengan kelajuan asas 4.7GHz yang boleh dilewahjam sehingga 5.6GHz.

image 28

Dengan jumlah cache sebesar 104MB, ini memudahkan komponen CPU untuk mengakses dan memproses data dengan lebih cepat dan membantu dalam meningkatkan prestasi olahan grafik dalam permainan.

Penawaran-penawaran cip pemprosesan terbaru keluaran AMD ini dijangka akan memasuki pasaran pada suku pertama dan kedua tahun ini.

AMD



Source link