Malaysia Oversight

AMD Dilaporkan Dalam Perbincangan Menggunakan Faundri Intel

By Amanz in October 2, 2025 – Reading time 1 minute
AMD Dilaporkan Dalam Perbincangan Menggunakan Faundri Intel


AMD Dilaporkan Dalam Perbincangan Menggunakan Faundri Intel

October 2, 2025
AMD
Intel

Effi Saharudin

Nasib Intel di awal tahun nampak kelam selepas CEO Pat Gelsinger dipecat kerana dilihat menyebabkan syarikat mengalami kerugian besar kerana gagal bersaing dalam arena AI serta penawaran produk tidak kompetitif. Tetapi sejak Amerika Syarikat menjadi pemegang 10% saham syarikat, Intel menerima nafas baharu. Hari ini Intel dipercayai dalam perbincangan untuk menjadikan AMD pelanggan faundri mereka menurut laporan Semafor.

AMD INTEL

Masih belum diketahui berapakah jumlah pengeluaran akan dipindahkan oleh AMD dari TSMC ke Intel sekiranya laporan ini terbukti benar. Yang pasti Amerika Syarikat mempunyai perancangan untuk menghasilkan 50% cip untuk keperluan tempatan di dalam negara menerusi pembangunan faundri. Taiwan sudahpun berkata mereka akan menolak permintaan Amerika supaya memindahkan 50% pengeluaran cip yang kini dikilangkan di Taiwan ke Amerika Syarikat.

Dua minggu lalu NVIDIA melakukan pelaburan $5 bilion ke dalam Intel untuk pembangunan produk memfokuskan kepada PC, pusat data, dan kecerdasan buatan (AI). Dalam masa kurang dua bulan, perniagaan faundri Intel yang tidak mempunyai pelanggan yang mencukupi kini di ambang berjaya menjadikan dua pesaing terbesarnya sebagai pelanggan.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link