Malaysia Oversight

Amazon Dilaporkan Ingin Menggantikan 600,000 Pekerja Manusia Dengan Robot

By Amanz in October 21, 2025 – Reading time 1 minute
Amazon Dilaporkan Ingin Menggantikan 600,000 Pekerja Manusia Dengan Robot


Amazon Dilaporkan Ingin Menggantikan 600,000 Pekerja Manusia Dengan Robot

October 21, 2025
Robot

Effi Saharudin

Mesin tenun automatik menggantikan pekerja manusia ketika Revolusi Perindustrian yang menjadikan Britain kuasa besar dunia dan mengurangkan kos menghasilkan kain kapas. Kemudiannya pada dekad 1960an, penggunaan robot di kilang kereta sekali lagi mengakibatkan pekerja manusia kehilangan kerja. Industri seterusnya yang akan terjejas kerana automasi ialah edagang dengan Amazon dilaporkan ingin membuang lebih 600,000 pekerja manusia dengan robot menjelang 2033.

Robot Amazon Vulcan A
Amazon Vulcan

Menurut laporan The New York Times yang melihat dokumen dalaman Amazon, pada peringkat awal sebanyak 160,000 pekerja akan digantikan seawal 2027. Ini dipercayai dapat mengurangkan kos operasi sebanyak 30 sen untuk setiap bungkusan. Amazon dapat melakukan penjimatan sebanyak $12.6 bilion antara 2025-2027 menerusi penggunaan robot. Dalam dokumen yang sama, Amazon menyasarkan 75% operasi mereka akan dilakukan oleh robot di masa hadapan.

Amazon adalah antara syarikat Amerika yang terawal menguji penggunaan robot di gudang mereka dan proses penghantaran bungkusan jarak dekat. Tahun ini mereka mengumumkan penggunaan 1 juta robot dengan teknologi DeepFleet di gudang mereka dan pembangunan robot Vulcan yang boleh memegang bungkusan dengan cermat.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link