Malaysia Oversight

Amazfit Balance 2 Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM1229

By Amanz in July 1, 2025 – Reading time 2 minute
Amazfit Balance 2 Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM1229


Jam

Amazfit Balance 2 Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM1229

July 1, 2025

Amy Maizuraa

Amazfit secara rasmi melancarkan jam tangan terbaharu mereka Balance 2 di pasaran Malaysia. Jam tangan ini direka khas untuk golongan yang mementingkan gaya hidup sihat dengan pelbagai ciri penjejakan kecergasan dan kesihatan.

Gabungan tubuh aluminium dan skrin kaca yang tahan lasak menjadikannya sesuai digunakan dalam pelbagai situasi harian. Dua butang fizikal di sisi turut memudahkan navigasi. Paparan AMOLED bersaiz 1.5 inci pula menawarkan kandungan visual yang terang dan jelas.

Lebih daripada 170 mod sukan terbina disediakan termasuk mod latihan dan pertandingan HYROX yang pertama dalam industri. Pengguna juga boleh memuat turun peta untuk lebih 40,000 padang golf di samping terdapat sokongan untuk aktiviti selam skuba. Ia turut kalis air 10ATM dan melepasi ujian ketahanan gred ketenteraan menjadikannya tahan lasak.

Amazfit Balance 2 MY 4 edited

Teknologi BioTracker terkini daripada Amazfit menyediakan pemantauan lebih baik untuk kadar denyutan jantung, kualiti tidur, tahap oksigen dalam darah, dan tekanan. Data tersebut membolehkan pengguna mengambil langkah sewajarnya untuk menambah baik tahap kesihatan dan kecergasan masing-masing.

Balance 2 turut boleh diintegrasikan sepenuhnya dengan aplikasi Zepp, yang menawarkan analisis lanjut seperti VO₂ max, beban dan kesan latihan, serta anggaran masa pemulihan selepas senaman. Ciri Zepp Flow pula membolehkan kawalan peranti melalui suara.

Amazfit Balance 2 MY 3

Pengguna Android turut boleh membalas mesej menggunakan papan kekunci QWERTY penuh atau melalui input suara ke teks. Ia juga dilengkapi dengan dua pembesar suara terbina dalam untuk menyokong panggilan Bluetooth. Jangka hayat bateri mampu bertahan sehingga 21 hari dengan penggunaan biasa.

Amazfit Balance 2 MY 1

Amazfit Balance 2 ditawarkan pada harga RM1,229 seutas. Pratempahan telah dibuka dengan hadiah percuma seperti kipas penyejuk dan beg eksklusif Amazfit.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link