Malaysia Oversight

Amaran ribut petir, hujan lebat di KL dan 7 negeri

By MkiniBM in September 21, 2025 – Reading time 1 minute
malaysiakini logo


Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang yang dijangka melanda Kuala Lumpur dan tujuh negeri sehingga 9 malam ini.

Menerusi amaran yang dikeluarkan pada 5.15 petang ini, MetMalaysia memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda melibatkan Hulu , Gombak, Petaling dan Hulu Langat.

Di Pahang pula dijangka membabitkan kawasan Tanah Tinggi Cameron, Raub, Jerantut, Bentong, Kuantan, Pekan dan Rompin, manakala Terengganu merangkumi Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.

Amaran sama dijangka melanda Negeri Sembilan membabitkan Jelebu, Kuala Pilah dan Jempol serta Johor (Segamat, Kluang dan Mersing).

Sementara itu, di Sabah keadaan sama melibatkan kawasan Pantai Barat (Ranau), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas), sementara di Sarawak membabitkan Kuching, Serian dan Samarahan (Samarahan dan Asajaya).

– Bernama



Source link