Malaysia Oversight

Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri

By MkiniBM in January 7, 2026 – Reading time 1 minute
malaysiakini logo


Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri serta Wilayah Persekutuan Labuan hingga 7 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan amaran cuaca itu melibatkan Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama serta Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak).

Amaran itu turut membabitkan (Sabak Bernam, Kuala , Hulu dan Klang), Negeri Sembilan (Jempol dan Tampin), Melaka serta Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru).

Keadaan sama juga diramal melanda Sarawak meliputi kawasan Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei (Pakan dan Sarikei) serta Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Sabah (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau).

Bernama



Source link