Malaysia Oversight

Amaran hujan berterusan tahap waspada di Pantai Timur hingga esok

By TheSun in December 18, 2025 – Reading time 1 minute
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Pantai Timur hingga esok


MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Pahang, dan Terengganu bermula hari ini hingga esok.

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada dijangka melanda negeri Pantai Timur bermula hari ini hingga esok.

Ketua Pengarah MetMalaysia Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata amaran itu dikeluarkan pada jam 3 petang ini.

Amaran melibatkan Pahang di daerah Kuantan, Pekan dan Rompin.

Ia turut dijangka melibatkan di Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang.

Di Terengganu, amaran melibatkan Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.

Orang ramai dinasihatkan mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia.

Mereka juga boleh menggunakan aplikasi mudah alih myCuaca atau media sosial rasmi MetMalaysia.

Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi talian MetMalaysia di 1-300-22-1638.



Source link