Malaysia Oversight

Amaran hujan berterusan tahap waspada di Pantai Timur hingga esok

By MkiniBM in December 18, 2025 – Reading time 1 minute
malaysiakini logo


Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka melanda negeri di Pantai Timur bermula hari ini hingga esok.

Ketua Pengarah MetMalaysia Dr Mohd Hisham Mohd Anip dalam kenyataan berkata amaran tahap waspada yang dikeluarkan pada 3 petang itu, melibatkan Pahang di Kuantan, Pekan dan Rompin.

Selain itu, amaran hujan berterusan tahap waspada turut dijangka melibatkan di Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang serta Terengganu (Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman).

Orang ramai dinasihatkan mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi mudah alih myCuaca, media sosial rasmi MetMalaysia atau menghubungi talian MetMalaysia di 1-300-22-1638.

– Bernama



Source link