Malaysia Oversight

Amaran hujan berterusan tahap bahaya hingga Rabu di 4 negeri

By MkiniBM in November 24, 2025 – Reading time 1 minute
Amaran hujan berterusan tahap bahaya hingga Rabu di 4 negeri


Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Bahaya) yang dijangka berterusan sehingga 26 Nov melibatkan Perlis, beberapa daerah di Kedah, dan Besut di Terengganu.

Menurut kenyataan MET Malaysia hari ini, kawasan di Kedah yang terlibat ialah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang dan Sik, manakala di meliputi Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh.

Sementara itu, amaran Hujan Berterusan (Buruk) turut dikeluarkan sehingga tarikh sama bagi beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, dan Terengganu.

Bagi tahap Waspada, beberapa daerah di Perak, Pahang dan dijangka mengalami hujan berterusan sehingga 24 dan 26 Nov.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web dan aplikasi myCuaca serta media sosial rasmi MET Malaysia. Pertanyaan lanjut boleh dibuat melalui talian hotline 1-300-22-1638.

– Bernama



Source link