Malaysia Oversight

Amaran hujan berterusan di beberapa negeri tamat

By MkiniBM in November 29, 2025 – Reading time 1 minute
malaysiakini logo


Amaran hujan berterusan tahap bahaya, buruk dan waspada yang dikeluarkan di beberapa negeri pada 4.30 petang semalam, ditamatkan hari ini. 

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), penamatan itu melibatkan amaran hujan tahap bahaya di beberapa kawasan di Terengganu, iaitu Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman serta tahap buruk di Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Hulu Terengganu.

Amaran hujan berterusan tahap buruk yang turut dikeluarkan bagi Pahang (Jerantut dan Kuantan) juga ditamatkan.

Selain itu, penamatan membabitkan amaran tahap waspada di , , Kuala Lumpur dan , serta Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Bera dan Pekan), dan Negeri Sembilan (Jelebu).

Sementara itu, Ketua Pengarah MetMalaysia Mohd Hisham Mohd Anip dalam kenyataan berasingan berkata berdasarkan analisis model-model cuaca, keadaan dijangka bertambah baik dan tiada potensi hujan berterusan di Terengganu, Pahang, , Perak, , Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan .

Mohd Hisham berkata orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi myCuaca atau menerusi platform media sosial jabatan itu, selain menghubungi talian hotline 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan.

Bernama



Source link