Malaysia Oversight

Amanz Menguji Ciri Carian Dikuasakan AI Untuk Pengguna Berdaftar – Memudahkan Pertanyaan Berkaitan Gajet Dan Teknologi

By Amanz in December 11, 2025 – Reading time 1 minute
Amanz Menguji Ciri Carian Dikuasakan AI Untuk Pengguna Berdaftar – Memudahkan Pertanyaan Berkaitan Gajet Dan Teknologi


Amanz Menguji Ciri Carian Dikuasakan AI Untuk Pengguna Berdaftar – Memudahkan Pertanyaan Berkaitan Gajet Dan Teknologi

December 11, 2025
Kecerdasan Buatan
Web 2.0

Aman

Amanz kini menguji integrasi kecerdasan buatan janaan pada sokongan carian, sekaligus memudahkan para pembaca dan pengguna dalam melakukan carian atau pertanyaan berkaitan dengan gajet dan teknologi dengan mudah.

Amanz AI

Ini sekaligus akan memudahkan pengguna melakukan perbandingan peranti, pelan telekomunikasi, mahupun bertanya berkenaan dengan sejumlah kandungan teknologi, sains dan inovasi yang telah diterbitkan di Amanz. Sokongan ini dihadkan kepada artikel yang pernah diterbitkan di Amanz sahaja buat masa ini. Seperti perkhidmatan lain, pengguna boleh menggunakan bahasa perbualan dan mendapatkan respon dalam bahasa Melayu. Pengguna turut boleh bertanyakan soalan susulan dan lain-lain.

Buat masa ini, ciri ini masih pada peringkat eksperimental, dan ditawarkan untuk diuji oleh para pengguna berdaftar yang telah log masuk ke web Amanz sahaja. Sekiranya ia berjalan lancar, maka ciri ini akan diaktifkan kepada semua, termasuk untuk pengguna tidak berdaftar.

Bagi anda yang berminat, boleh mencuba ciri ini melalui tab carian di Amanz hari ini, melalui web.



Source link