Malaysia Oversight

Amanah Johor sasar kubu Muhyiddin dalam PRU akan datang

By MkiniBM in November 14, 2025 – Reading time 2 minute
Amanah Johor sasar kubu Muhyiddin dalam PRU akan datang


Di saat Presiden Bersatu Yassin berusaha meredakan perpecahan dalam partinya, pesaing politik mula menyasarkan kerusi Parlimen Pagoh yang telah dipegangnya selama tujuh penggal berturut-turut, dan dua lagi penggal sebelum itu sejak 1978.

Ketika dihubungi, Ketua Amanah Johor Aminolhuda Hassan berkata parti itu sedia meletakkan calon di Pagoh, yang sebelum ini ditandingi Iskandar Shah dari .

“Kami bersedia dengan calon yang paling sesuai. Seorang anak tempatan yang dikenali ramai (di kawasan itu),” katanya yang juga Timbalan Pengerusi PH Johor.

Aminolhuda berkata demikian ketika diminta mengesahkan kenyataan Naib Pengerusi Amanah Johor Zuhan Zain, yang memaklumkan parti itu bersedia bertanding di Pagoh sekiranya berlaku kekosongan atau pada PRU akan datang.

“Kesediaan ini bukan sekadar simbolik politik, tetapi menggambarkan komitmen Amanah Johor untuk mengembalikan maruah dan semangat politik baru di kawasan yang sekian lama dilihat dikuasai oleh politik lama dan retorik perkauman,” kata Zuhad dalam kenyataan, hari ini.

ba6e8ed38dd2f08697331a46ef035b1d
Yassin

Apabila dihubungi Malaysiakini, Zuhan berkata semua kerusi yang gagal dimenangi PH sebelum ini akan “dirunding semula” dan Amanah perlu menyatakan kesiapsiagaannya untuk bertanding di Pagoh.

Dalam PRU sebelum ini, sebelum tertubuhnya Bersatu dan kerjasama antara PH dan , Pagoh secara tradisinya adalah kerusi .

Calon pada PRU lalu adalah bekas Anggota Parlimen Muar, Razali Ibrahim, yang menduduki tempat ketiga selepas dan Iskandar.

“Kami yakin penduduk Pagoh kini mahukan pemimpin yang berkhidmat untuk rakyat, bukan pemimpin yang menggunakan rakyat untuk kepentingan politik peribadi.

“Amanah Johor juga melihat keterbukaan dan penerimaan rakyat terhadap dasar-dasar Madani di bawah Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebagai petanda gelombang perubahan yang semakin meningkat di Johor, termasuk di Pagoh,” kata Zuhan lagi.

Ditanya jika Amanah Johor menjangkakan kekosongan mendadak di Pagoh, Aminolhuda tidak memberikan jawapan secaara terus, sebaliknya berkata, “Kenyataan (oleh Zuhan) okay bukan? Bagi ‘kejutan’ di kerusi Pagoh.”

Merujuk kepada tanggapan rasa tidak puas hati terhadap Muhyiddin dalam Bersatu dan di Pagoh, Aminolhuda berkata lagi, “…ahli-ahli partinya sendiri mempersoalkannya.”

Sebelum mengumumkan hasrat bertanding di Pagoh, Amanah Johor mencetuskan ketengangan dengan di negeri itu selepas menyatakan mereka tidak menolak untuk bertembung dengan parti sekutu pada pilihan raya akan datang.

Ketika konvensyen parti itu bulan ini, anak Aminolhuda, Fadhli Umar mendakwa Amanah Johor telah menggerakkan sepenuhnya jentera parti untuk bertanding “di semua kerusi negeri”.

Malah, sejak pilihan raya negeri 2022, Amanah Johor beberapa kali membuat tuntutan atau menyuarakan kesediaan untuk bertanding di 40 kerusi yang kini dipegang . DUN Johor mempunyai 56 kerusi.

Amanah memegang satu daripada 12 kerusi yang dimenangi PH, menerusi bekas timbalan presidennya, Allahyarham Salahuddin Ayub. Parti itu turut mengekalkan kerusi DUN Simpang Jeram milik Salahuddin dalam PRK pada 2023.



Source link