Malaysia Oversight

Amanah cadang ‘langkah praktikal’ selesai isu arak dalam pesawat MAS

By MkiniBM in October 23, 2025 – Reading time 2 minute
Amanah cadang 'langkah praktikal' selesai isu arak dalam pesawat MAS


Beberapa ahli parlimen Amanah hari ini mencadangkan beberapa “langkah praktikal” kepada Malaysia Airlines berhubung isu hidangan minuman keras dalam pesawat.

Ahli Parlimen Shah Alam, Azli Yusof dalam sidang media di parlimen berkata, cadangan itu penting memandangkan pembangkang sering mengulang isu sama tanpa mengemukakan sebarang penyelesaian.

“Kita tahu ada sensitiviti dalam isu ini jadi kita tampil dengan saranan. Itu peranan kami…Jadi kami tampil dengan saranan praktikal dan kami kira boleh dilaksanakan oleh pihak penerbangan Malaysia Airlines,” kata Azli.

Antara cadangan yang yang dikemukakan ialah sistem automasi “Smart Beverage Dispenser” iaitu penumpang bukan boleh menempah sendiri minuman beralkohol melalui skrin hiburan.

Menerusi sistem tersebut, anak kapal beragama tidak perlu lagi menyajikan minuman keras secara langsung kepada penumpang kerana ia disimpan dalam kabinet khas terkunci dan hanya boleh diakses melalui pengesahan umur serta status penumpang.

Selain menugaskan krew bukan dalam urusan penyajian minuman keras, Amanah turut mencadangkan pengenalan “Halal Zone” dalam pesawat iaitu beberapa barisan tempat duduk disediakan khusus tanpa hidangan arak untuk penumpang Muslim yang memilih suasana bebas alkohol, serta diurus sepenuhnya oleh krew Muslim.

Mereka juga mencadangkan agar minuman keras tidak lagi ditawarkan secara automatik, sebaliknya hanya diberi kepada penumpang yang membuat permintaan khas.

“Kita beri cadangan ini untuk memudahkan semua pihak — pihak (syarikat) penerbangan dan pelanggan.

“Pendekatan Islam bukan dengan menimbulkan kekeliruan dan pertikaian, tetapi dengan menawarkan penyelesaian yang praktikal, berakhlak dan berpandangan jauh,” kata Ahli Parlimen Kulai, Suhaizan Kaiat.

Selain Suhaizan dan Azli, kenyataan bersama mengenai perkara itu turut disokong Ahli Parlimen Sri Gading, Aminolhuda Hassan dan Ahli Parlimen Hulu Langat Mohd Sany Hamzan.

Semalam, Ahli Parlimen DAP, Lim Lip Eng secara sinis mencadangkan agar menubuhkan syarikat penerbangan sendiri, sebagai reaksi terhadap gesaan parti itu supaya Malaysia Airlines menghentikan hidangan minuman keras dalam pesawatnya.

Kenyataan Lim dibuat selepas Ahli Parlimen Hulu , Hasnizan Harun, minggu lalu mengulangi gesaan agar syarikat penerbangan itu menghentikan hidangan arak, dengan alasan anak kapal dan penumpang beragama Islam berada dalam dilema dan tidak selesa disebabkan isu tersebut.

Pada tahun 2017, bekas Ketua Pemuda ketika itu, Ahmad Fadhli Shaari, pernah mengemukakan cadangan sama selepas berlaku insiden seorang penumpang dipercayai mabuk memasuki kokpit pesawat Malaysia Airlines yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, menyebabkan pesawat terpaksa berpatah balik ke Melbourne.



Source link