Malaysia Oversight

Allianz General meningkatkan kesedaran tentang persediaan menghadapi banjir

By Utusan in November 5, 2025 – Reading time 3 minute
allianz


KUALA LUMPUR:  Allianz General Insurance Malaysia (Company) Berhad (Allianz General) menggalakkan orang awam untuk mengambil langkah proaktif untuk persiapan menghadapi kebarangkalian banjir, dengan musim tengkujuh dan fenomena La Nina yang bakal melanda.

Lokasi geografi Malaysia yang menjadikan ia sangat cenderung kepada banjir, yang boleh mengakibatkan kerosakan yang besar kepada hartanah dan infrastruktur, dan membawa risiko besar kepada kehidupan seharian. Oleh itu, amat penting untuk individu dan perniagaan siap sedia untuk menghadapi banjir.

“Kami ingin menekankan kepentingan untuk bersedia menghadapi banjir. Sangat penting untuk mengetahui risiko-risiko dan mengambil langkah pencegahan untuk memastikan kita kekal selamat,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Allianz General, Sean Wang.

“Kami tekad untuk memberikan pemegang polisi dengan sumber dan sokongan yang mereka perlukan untuk memelihara aset mereka dan keselamatan mereka pada waktu ini.”

Untuk pemegang polisi komersial dan PKS, Allianz General telah mengeluarkan ‘Garis Panduan Umum Banjir’ yang menawarkan cadangan-cadangan yang praktikal untuk kelangsungan perniagaan dan operasi yang boleh dilaksanakan sebelum, semasa dan selepas banjir untuk mengurangkan impak banjir.

Garis Panduan tersebut juga menawarkan langkah-langkah kesiapsiagaan banjir umum untuk bantu pemegang polisi menjalankan penilaian risiko, serta nombor telefon untuk agensi yang berkaitan.

Selain itu, Smart Home Cover Allianz General menawarkan perlindungan untuk PemilikRumah dan/atau PemegangRumah dari 10 jenis kejadian tak diingini, termasuk banjir (tidak termasuk kehilangan atau kerosakan akibat tanah mendap atau tanah runtuh), ribut, taufan, dan angin ribut. Ini memastikan ketenangan minda untuk pemilik rumah, dengan melindungi kediaman mereka dari kejadian tak diingini.

Pemandu kereta boleh memilih Kereta Persendirian Komprehensif Motor Allianz dengan tambahan Peril Khas, untuk mendapat perlindungan terhadap banjir. Untuk penunggang motosikal, Motosikal Plus Komprehensif Allianz secara automatik termasuk perlindungan Peril Khas untuk motosikal 250cc dan kebawah. Untuk motosikal 250cc keatas, tambahan Peril Khas yang boleh dibeli untuk memastikan perlindungan banjir.

Allianz General menggalakkan semua penduduk kediaman and perniagaan untuk menyemak perlindungan insurans semasa mereka dan mempertimbangkan pilihan perlindungan banjir. Dengan mengambil langkah proaktif sekarang, individu dan perniagaan boleh mengurangkan Kesan banjir dan memastikan pemulihan yang lebih pantas.

Berikut adalah beberapa tips umum untuk kekal selamat, jika berlaku banjir:

Sentiasa ambil maklum: Kekal ambil maklum maklumat terkini dengan amaran dan ramalan cuaca. Gunakan aplikasi dan laman web yang memberikan maklumat terkini untuk risiko dan amaran banjir.

Pelan kecemasan: Hasilkan sebuah pelan kecemasan untuk kediaman anda yang merangkumi laluan kecemasan di luar rumah.

Kit kecemasan: Sediakan kit kecemasan dengan barangan penting seperti air, makanan tidak mudah rosak, ubat-ubatan, lampu suluh, bateri, kit pertolongan cemas, power bank dan dokumen penting, dan pastikan kit tersebut disimpan di Lokasi yang senang dicapai.

Elak air banjir dan talian elektrik: Jangan cuba berjalan, berenang atau memandu melalui air banjir. Jauhkan diri dari talian elektrik yang rosak dan laporkan segera kepada pihak berkuasa apabila boleh kerana ia sangat berbahaya.

Perlindungan insurans: Semak perlindungan insurans anda untuk pastikan anda mempunyai perlindungan sewajarnya untuk perlindungan kerosakan banjir, terutamanya jika anda tinggal di Kawasan berisiko tinggi.





Source link