Malaysia Oversight

All Star Championship pamer kejutan, aksi mendebarkan

By Utusan in September 30, 2025 – Reading time 2 minute
All Star Championship pamer kejutan, aksi mendebarkan


KUALA LUMPUR: All Star Championship 2025 terbukti sebagai pentas sukan tempur moden dengan gabungan sukan dan digital apabila 12 perlawanan tinju yang berlangsung baru-baru ini mencetuskan pelbagai kejutan, drama dan sorakan peminat.

Kejohanan sulung anjuran All Star Championship ini bukan sahaja menampilkan pertarungan sengit, malah mengangkat peranan sukan sebagai platform pelancongan dan digital.

Menurut Penganjur All Star Championship, Datuk Abd Rahman Soltan, edisi sulung ini menzahirkan dua matlamat utama iaitu mengangkat sukan tinju ke tahap lebih profesional dan pada masa sama mempromosikan Malaysia sebagai destinasi sukan dan pelancongan.

“Alhamdulillah, saya sangat berpuas hati dengan pusingan pertama semalam. Kehadiran penonton memang luar biasa, membuktikan minat masyarakat terhadap sukan tinju semakin meningkat. Dari segi penganjuran, semuanya berjalan lancar.

“Ada peserta underdog yang membuktikan kemampuan mereka, manakala peserta pilihan pula tewas kerana mungkin strategi atau latihan yang kurang. Ini menunjukkan All Star Championship benar-benar kompetitif.

“Secara tidak langsung, All Star Championship mempromosikan pelancongan domestik apabila mereka hadir ke Malaysia, seterusnya menghasilkan kandungan digital yang menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC),” katanya.

Seramai 24 peserta bertanding dalam pusingan pertama, namun dua perlawanan terpaksa dibatalkan akibat kecederaan dan seorang peserta hadir lewat. Walau begitu, gelanggang tetap menyaksikan pertarungan penuh semangat, termasuk beberapa keputusan mengejutkan.

Antara sorotan utama kejohanan tersebut adalah kebangkitan pelakon, Fareez Fauzi, yang dianggap peserta underdog, berjaya menumbangkan lawannya, Sonic, sekali gus membuktikan bahawa semangat dan strategi mampu mengatasi jangkaan.

Manakala aktor, Harris Aliff pula tewas kepada Izat dalam pertarungan sengit yang mencuri perhatian ramai.

Sementara pempengaruh media sosial, Amir Harris mencatat kemenangan bergaya apabila menewaskan Syahmi hanya dalam tempoh satu minit, menjadikannya antara aksi paling pantas setakat ini.

Selain aksi di gelanggang, penganjur turut mengumumkan jumlah hadiah keseluruhan sebanyak RM270,000 bakal direbut sepanjang kejohanan ini, menjadikan All Star Championship 2025 antara platform tinju tempatan paling berprestij dan bernilai tinggi.

Abd Rahman juga berharap pusingan seterusnya lebih sengit dengan tahap disiplin peserta yang lebih mantap, sambil menekankan harapan untuk melahirkan jaguh tinju baharu yang mampu mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.

Pusingan seterusnya All Star Championship 2025 dijadual berlangsung pada 4 Oktober, manakala perlawanan akhir akan berlangsung pada 18 Oktober 2025, yang dijangka menjadi kemuncak terbesar kejohanan dengan lebih banyak aksi dan kejutan menanti.-UTUSAN





Source link

12,000 pesakit hidap penyakit jarang jumpa di Malaysia

12,000 pesakit hidap penyakit jarang jumpa di Malaysia

PUTRAJAYA: Malaysia dianggarkan mempunyai sekitar 12,000 pesakit penyakit jarang jumpa setakat tahun ini. Ia berdasarkan data daripada dua pusat rujukan…
Sabalenka mara ke separuh akhir WTA Final

Sabalenka mara ke separuh akhir WTA Final

RIYADH: Pemain No.1 dunia, Aryna Sabalenka menebus kekecewaan di final Terbuka Perancis apabila menewaskan bintang muda Amerika Syarikat (AS), Coco…
Alex keluar dari bayang-bayang Marc 

Alex Marquez sedia ambil risiko di GP Portugal

PORTIMAO: Alex Marquez mengakui boleh dia kini boleh berlumba dengan bebas dan berani mengambil risiko pada Grand Prix (GP) Portugal…
affiliate

Mana satu boleh bantu anda capai kejayaan lebih besar?

DALAM dunia dagangan moden, program affiliate semakin menjadi pilihan ramai kerana ia membuka peluang menjana pendapatan melalui rujukan klien baharu. Di Malaysia, semakin ramai individu dan agensi pemasaran digital menjadikan program ini sebagai sumber pendapatan tambahan yang konsisten.  Namun, dengan begitu banyak platform affiliate di pasaran, timbul persoalan — platform manakah yang benar-benar boleh membantu anda mencapai kejayaan jangka panjang?  Jom terokai perbandingan lima platform affiliate dagangan yang paling banyak dibincangkan oleh para affiliate profesional — XM, Octa, JustMarkets, HFM, dan MTrading.   Ringkasan Perbandingan Platform Affiliate Dagangan   1. XM XM Partners sering dianggap sebagai antara program affiliate paling kukuh…
Emma mahu lunas dendam di final

Emma mahu lunas dendam di final

PETALING JAYA: Jaguh boling padang negara, Emma Firyana Saroji bertekad menjadikan pentas akhir acara perseorangan wanita Kejohanan Piala Dunia Boling…