Malaysia Oversight

Albert Tei ‘pemberi rasuah terbesar’ bukan pembocor maklumat

By MkiniBM in August 23, 2025 – Reading time 2 minute
Albert Tei ‘pemberi rasuah terbesar’ bukan pembocor maklumat


Pemuda mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap ahli perniagaan Albert Tei yang didakwa cuba mengelak hukuman dengan berselindung di sebalik status sebagai “pemberi maklumat” (whistleblower).

Ketua Penerangannya, Danish Hairudin menyifatkan Tei sebagai “pemberi rasuah terbesar” yang kini cuba melindungi diri dengan mendedahkan maklumat mengenai pihak lain.

“Albert Tei sendiri mengakui bahawa dia telah memberi rasuah dalam jumlah besar dan seterusnya membocorkan maklumat kononnya sebagai bukti.

“Namun, hakikatnya dia cuba melepaskan diri daripada hukuman. Memberi rasuah secara besar-besaran, kemudian tampil sebagai ‘whistleblower’ bukanlah satu keberanian, tetapi satu bentuk pengkhianatan terhadap undang-undang dan nilai integriti negara.

“Orang yang menyalakan api tidak boleh berlagak sebagai penyelamat daripada kebakaran,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

487fdaef3160b374ed9be08a552e9476

Tei sebelum ini mendedahkan skandal perlombongan Sabah dan mengeluarkan kenyataan tajam terhadap Perdana Menteri Ibrahim. Dia menolak dakwaan yang menyifatkan keterangannya terhadap enam sebagai khabar angin, sebaliknya menegaskan sudah menyerahkan lebih 300 muka surat dokumen, bukan sekadar video.

ketika di Dewan Rakyat menjelaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya boleh mendakwa dua — Andi Muhammad Suryady Bandy (Tanjung Batu) dan Yusof Yacob (Sindumin) — kerana tuduhan terhadap enam yang lain tidak kukuh.

“Lapan (Adun) dikaitkan liputan video itu. Tapi apabila SPRM lihat, kes mesti kuat untuk didakwa. Saya tak campur tapi saya tanya kenapa dua (didakwa)?

“Itu alasan mereka. Mereka ambil kes yang substantive in facts and law untuk pendakwaan. Kalau tak substantive dengar dari video saja, tak boleh (dakwa di mahkamah),” kata Anwar pada sesi soal jawab Perdana Menteri, Selasa lalu.

3aeed9a307d3403e8b58b680e5289f5a

Danish dalam kenyataannya menegaskan Anwar serta Perpaduan sentiasa konsisten menegakkan prinsip keadilan dan ketelusan dengan memastikan tiada seorang pun kebal daripada undang-undang, sama ada ahli politik, pegawai atau taikun korporat.

“Perdana menteri mewarisi negara dengan hutang besar dan institusi yang lemah akibat puluhan tahun rasuah serta salah guna kuasa, namun dalam tempoh singkat dia telah menunjukkan iltizam untuk menegakkan undang-undang tanpa pilih kasih.

“Rakyat tidak boleh diberikan gambaran bahawa pemberi rasuah boleh terlepas hanya dengan membocorkan maklumat. Prinsip reformasi yang diperjuangkan perdana menteri menuntut keadilan menyeluruh. Pemberi dan penerima rasuah mesti dihukum sama rata,” katanya.

Dia turut mengingatkan agar rakyat menolak cubaan melemahkan dengan mengeksploitasi isu ini untuk kepentingan politik.

“Kerajaan Madani sedang berusaha memulihkan negara daripada kerosakan akibat rasuah lampau.

“Oleh itu, komitmen perdana menteri dan pentadbirannya dalam memerangi rasuah mesti terus didokong.

“Rakyat berhak melihat keadilan ditegakkan secara menyeluruh, tanpa ruang untuk sesiapa mempermainkan sistem perundangan,” kata Danish.



Source link